Salam semua..
Pada 3hb sehingga 6hb Disember 2010 berlangsungnya acara 'Bike Fest' di selatan tanahair, Johor Bahru.Lokasi 'event' di Perkarangan Letak Kereta Plaza Angsana.
JB Bike Fest pada tahun ini adalah yang kedua di mana pertama kali diadakan pada tahun 2009.
'Event' pada tahun ini, entah macamana tetiba aku tergerak hati nak join pada 'last minute', tanpa perancangan atau persiapan.
Sebenarnya aku semenjak beberapa bulan kebelakangan ini telahpun mengantung jaket dan helmet, berhenti menunggang motor buat seketika kerana aku menghadapi beberapa masalah dalam hidup. Lagipun motor kesayangan aku dah pun aku 'let-go' dengan berat hati (Y_Y).
Walaupun aku dah mengantung jaket dan helmet buat seketika,namum hasrat untuk menunggang itu sentiasa ada, malah meluap-luap lagi. Mungkin perumpamaan 'Born to ride' sememangnya sesuai untuk aku (^^).
Pada petang Jumaat (3hb), aku pergi mengambil motor Kawasaki Ninja 250R milik seorang kawan aku di Port Dickson untuk digunakan 'ride' pada kali ini. Terima kasihalah pada kawan aku tu kerana memberikan kepercayaan kepada aku untuk menggunakan motor kesayangannya. Ini kali pertama aku menunggang Ninja 250R. Ianya agak ringan dan kecil berbanding ER6N aku dulu tetapi kecil-kecil cili padi, 'top speed' boleh mencecah 170 km/j. Best juga Ninja 250R, gaya menunggang agak santai tidak keterlaluan seperti 'superbike' yang lain.
(Kawasaki Ninja 250R)
Aku juga mengajak Arin, seorang rakan setugas untuk pergi bersama-sama ke sana. Arin menggunakan motor Suzuki GSXR 750 SRAD. Aku juga 'calling' kawan baik aku Ruby (lady biker) untuk 'ride' bersama-sama ke sana.Ruby menunggang Yahama Virago XV535 dan Kawasaki Vulcan VN800 Classic.
Seawal 6 pagi Sabtu itu (4hb) aku dah bangun dan membuat persiapan untuk ke sana. Mengikut perancangan, aku akan berjumpa dengan Ruby di RnR Seremban jam 8.30 pagi, manakala Arin akan menunggu aku di RnR Ayer Keroh.
Jam 8 pagi aku keluar dari rumah, cuaca agak mendung dengan hujan rintik-rintik. Aku sampai ke RnR Seremban selepas 15 minit (tak jauh dari rumah aku di Nilai). Semasa di RnR Seremban, ada beberapa 'biker' yang berhenti di situ,mungkin mereka juga ke destinasi yang sama.
Lebih kurang 8.45 pagi, Ruby sampai dengan menunggang Virago 535. Ruby menyatakan bahawa kawan-kawannya dari Pilgrimz MG sedang menunggu di Petronas Tol Ayer Keroh, Melaka. Tanpa membuang masa lagi, aku dan Ruby berdesup ke sana. Sampai di RnR Ayer Keroh, Arin join kami. Kami menunggang agak laju sekitar kelajuan 130-140 km/j dalam keadaan hujan renyai.
Sampai di Pertonas Tol Ayer Keroh, kami berhenti dan berjumpa dengan kawan-kawan yang telah lama menunggu. Aku jumpa kawan lama aku Bro Harry, President Pilgrimz MG dan Ustaz, Seketari Pilgrimz MG. Seorang lagi kenalan 'bikers' aku iaitu Jepp, President Ghost MG ada sama untuk 'ride' sekali. Bro Harry menaiki kereta sebagai kereta pengiring manakala Ustaz menaiki Virago Custom dan Jepp dengan Harley Sportsternya.
Kami 'ride' sama-sama dengan kelajuan 140-150 km/j dalam keadaan hujan. Sampai di RnR Machap kami berhenti untuk mengisi minyak dan mengendurkan otot yang kejang dek kerana menunggang dalam tempoh 1 jam. Di RnR Machap, aku bertemu dengan kawan-kawan seangkatan aku dalam Reaper MG iaitu pasangan adik beradik Iejam dan Bob. Mereka 'ride' bersama kawan-kawan dari Choppersgarage dan Pocong KM, yang seramai lebih kurang 20 buah motorsikal 'Custom'. Mereka baru je berhenti untuk mengisi minyak.
Hampir semua mereka ini aku kenal dan mereka kira satu kepala dalam forum choppersgarage. Mereka semua terperanjat bila melihat aku, kerana mereka tidak sangka aku akan 'ride' ke JB Bike Fest. Apalagi berlambaklah kutukan-kutukan gurauan kena kat aku (^^).
Setelah lebih kurang 20 minit berehat, Bro Harry berikan 'signal' untuk memulakan perjalanan. Aku terpaksa tinggalkan kawan-kawan aku dari Choppersgarage dan RMG kerana aku telah join 'ride' dengan Ruby dan kawan-kawan. Tak sedaplah nak tinggalkan mereka separuh jalan. Tapi apa-apapun kami akan berjumpa di 'event' tu nanti.
Setelah 'ride' lebih kurang sejam, kami sampai di Tol Skudai dan berhenti seketika. Waktu itu cuaca memang gelap, tetapi hujan renyai-renyai. Semasa berhenti, ramai 'bikers' melepasi kami. Ada dari kelan Lang Bikers dan rata-rata menunggang Yahama Royal Star 1300cc yang bagak (besar). Kami dimaklumkan oleh Bro Harry, bahawa seorang kawan, Ruhid dari Motorhead MG akan datang dan membawa kami ke 'event' tersebut. Tak lama selepas itu Ruhid datang dengan Harley Sportster dan membawa kami ke sana.
Jalanraya di Johor Bahru memang agak sesak di tambahkan lagi dengan kehadiran motorsikal-motorsikal dari luar yang datang ke Johor Bahru untuk memeriahkan acara tersebut.
Sampai-sampai di Plaza Angsana lebih kurang jam 2.30 petang, terdapat banyak deretan-deretan motorsikal dan 'booth' menjual motorsikal dan barangan motorsikal.
Aku difahamkan bahawa pebagai acara yang sedang berlansung di JB Bike Fest ini, antaranya Konvoi Terpanjang di Malaysia yang akan direkodkan di dalam Malaysia Book of Records. Tapi konvoi tersebut telah bermula seawal pagi tadi. Aduhai melepas lah nak ikut berkonvoi sekali. Ada juga konsert yang akan diadakan pada sebelah malamnya.
Setelah pusing satu tawaf di situ, kami pun mencari kedai makan. Memang perut teramat lapar kerana tidak makan apa-apapun semenjak 'ride' dari pagi tadi. Bro Harry telah membawa dan membelanja kami di Gerai Mee Rebus Wahid yang 'famous' di Plaza Angsana. Wow memang sedap, terima kasih Bro Harry kerana belanja kami.
Lebih kurang jam 4 petang, kumpulan konvoi telah pulang ke tapak acara. Memang banyak motorsikal berkuasa tinggi yang berkonvoi dan ada juga motorsikal kapcai dan klasik join sama. Deruman bunyi enjin motorsikal membingitkan teliga dan menambahkan kemeriahkan atmosfera 'event' tersebut. Di antara 'bikers' tersebut ada juga artis yang join sama seperti Fauziah Latif yang menunggang Ducati Monster dan Maznah Zukifli yang menunggang BMW RT1300.
Sebenarnya 'event' JB Bike Fest ini lebih kurang sama je dengan mana-mana 'event bike week' yang lain. Bagi 'bikers', mereka bukanlah nak sangat melihat deretan motorsikal-motorsikal ini,kerana bagi aku dengan adanya 'event' macam ini dapatlah kami (bikers) bertemu dengan kawan-kawan lama dan baru yang seangkatan dalam dunia 'bikers'.
Bagi orang ramai, dengan adanya 'event' seperti ini, mungkin ini adalah peluang untuk melihat motorsikal-motosikal idaman mereka dan motorsikal yang unik dan pelik(custom) dengan lebih dekat lagi.
Sudah pastinya JB Bike Fest 2010 ini meninggalkan seribu kenangan buat diriku. Yelah setelah beberapa ketika tidak menunggang. Terasa terubat rindu untuk menunggang motor. Best dan puas!
Terima kasih kepada Arin, Ruby, Ustaz PMG , Jepp Ghost MG dan Bro Harry President PMG kerana sudi 'ride' sama dan belanja makan mee rebus.
Kepada kawan-kawan seangkatan 'bikers' yang terjumpa di JB Bike Fest, terubat rindu rasanya dan seolah memberikan semangat semula....
So next event...Manjung Bike Week pada 10-12 Disember dan KL Bike Week 24-25 Disember 2010...akan ku turuti serta?...Insyaallah
Hidup bagaikan roda~adakalanya kita di atas dan adakalanya kita di bawah~selagi hidup kita perlu menikmati kehidupan dan mengsyukuri nikmatNya~prinsip hidup saya mudah~stat enjin jalan...biarlah roda2 kehidupan berpusing :) (Life is like wheels, once it's spinnin', you'll make your choices, and if you screw up, you have pay those choices. My stance is easy, ride hard or stay home! Let's those wheels (life) spinnin')
Monday, December 6, 2010
Thursday, November 4, 2010
Masalah : Ada @ Tiada @ Cari Masalah!!
Assalamualaikum....
Salam sejahtera....
Selagi kita hidup selagi itulah masalah sentiasa ada.
Seorang kawan menyatakan "Jangan bimbang kalau ada masalah!". Cakap memang senang, tapi apabila masalah besar datang, pasti kita akan dilanda kebimbangan. Tiada seorang pun di dalam dunia ini yang tiada masalah...
Selagi kita bernyawa, kita pasti akan menghadapi masalah, itu lumrah hidup. Samaada percaya atau tidak masalah ini adakalanya mungkin baik untuk kita, tapi kalau dah banyak sangat masalahnya, bermasalahlah hidup kita...
Mungkin perumpamaan dari cerita ini boleh kita sama-sama renungkan...
Cuba kita fikirkan, dua kawasan terumbu karang di sebuah pulau yang cantik. Satu kawasan terumbu karang terletak di kawasan teluk yang tiada berombak dan didapati terumbunya pudar dan tidak bermaya manakala terumbu karang yang terletak mengadap ke laut lepas begitu menarik dan berwarna warni. Mesti anda akan tanya saya "Mengapa?".
Jawapannya ; Terumbu karang yang di kawasan teluk berada dalam air yang tenang dan tidak menghadapi cabaran untuk hidup. Oleh sebab itu iannya mati lebih cepat. Manakala karang hidup mengadap lautan lepas, sentiasa dipukul angin, ombak, ribut dan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan. Untuk hidup, ia perlu berjuang melawan angin, ombak dan ribut setiap hari. Ia perlu gigih menghadapi cabaran dan ujian dan ia perlu berubah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan. Dengan itu ianya menjadi kuat dan berkembang.
Begitu juga kita ini sebagai manusia. Apabila dicabar dan diuji, kita sepatutnya semakin kuat dan semakin teguh! Seperti karang yang dipukul ombak, apabila kita dilanda masalah tekanan fizikal,emosional dan mental boleh menjadikan kita semakin kuat dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi.
Sebenarnya apa yang hendak saya sampaikan di sini, sebenarnya saya cuba menjanakan kekuatan dalaman saya kerana ketika ini saya menghadapi pelbagai masalah dan juga mengalami kegagalan.
Sebagai manusia biasa macam saya, masalah kewangaan adalah masalah yang harus difikirkan tiap-tiap hari, hutang, bil-bil dan sebagainya. Sampai saya melihat hampir tiada apa lagi pada diri saya (y_y) huhu Motor kesayangan dah dijual, demi masa depan dan untuk tujuan yang lebih baik dari menunggang motorsikal.
Kegagalan yang saya hadapi pula macam-macam.Peperiksaan undang-undang yang saya ambil di Universiti pada tahun ini menghadapi kegagalan teruk, aduhai....(Y_Y)
Walaupun perit dan payah saya hendak menghadapinya (kerana tiada siapa-siapa yang sudi membantu), saya cuba menggunakan daya imiginasi dengan membayangkan bahawa saya adalah terumbu karang seperti cerita di atas. Sekurang-kurangnya boleh saya memotivasikan diri saya sendiri walaupun saya rasa macam janggal (gila!).

Friday, September 24, 2010
Monday, August 30, 2010
Salam Kemerdekaan...
Tuesday, August 24, 2010
Salam Ramadhan ...
Assalamualaikum semua...
Sekejap je dah 14 hari umat Islam berpuasa...
Bulan2 puasa nie xde la nak cite pasal ride atau motor mungkin pada ketika ini aku rasa seperti nak 'quit' dengan dunia 2 roda ini...tapi entahlah!! persoalannya mampukah aku untuk melakukan semua itu sedang inilah duniaku..
Hari ini terasa seperti nak bercerita mengenai hati dan perasaan, maka pada bulan Ramadhan ini adalah langkah terbaik untuk memulakan sesuatu yang baru dan langkah tersebut telah pun aku ambil sebaik mungkin...
Alhamdulilah ada yang masih menerimanya walaupun aku ini bukanlah sebaik manusia..huhuhu...

Thursday, June 17, 2010
Cerite Motorku...
Salam kekawan sume ...baik bikerz ataupun tidak....
Agak lama gak aku x updated blog nie dik kerana kesibukkan kerja...huhuu
Dah lama aku nak berkongsi kalian mengenai dunia pemotoran yang amat aku minat~
Dunia Motorsikal Kustomku (asal boleh punye tajuk huhu)
Sebenarnya minat dengan senireka modifikasi motor nie semenjak dari bangku sekolah~ pada ketika itu (sekitar 90an) aklu hanya mem'pomen' motor arwah ayahku saja (Honda Cup)
Kemudian setelah bekerja, motor yang mampu aku beli ialah Modenas Kriss model AN110 (edisi emas)~bukti kegatalan tangan aku dalam modifikasi motor ini ialah selepas 3 hari beli motor tersebut~aku telah menghantar ke bengkel Ah Sim di Tmn Sri Jaya, Batu Pahat untuk diubah skim warna dan dipasang beberapa eksessori. Masa itu aku berhabis duit sekitar RM1,000 dan hasilnya memang memukau mata yang memandangnya dan buktikan motorsikal itu telah dicuri. huhuhu tetapi nasib ku baik setelah 3 bulan hilang pihak polis telah terjumpa dgn motor tersebut yg masih lagi cukup sifat, cuma bertukar wajah menjadi sgt huduh huhuhu....
Dipendekkan cerita, aku mula berkecimpungan ke alam bikers ini bermula dari minat dan kemudiannya menjadi hobi dan seterusnya mendatangkan hasil....
Cinta ku dalam alam permotoran ini adalah kerana keindahan gabungan seni kreativiti dan semangat 'brotherhood' yang ada pada setiap bikers dan riders....jeng..jeng..
Ok bermula dengan Modenas Jaguh 175 cc, sebelum itu, aku memang minat sgt2 dengan motor ni, aku masih ingat sewaktu model ini dilancaran pada tahun sekitar 1999 aku antara orang yg teruja dengan model ini, dan semasa pelancaranya aku telah 'booking'model ini dgn membayar deposit sebnyak RM2,000 dengan warna pilihan kuning...masa itu harga yang ditawarkan sekitar Rm7K lebih...tetapi masa ketika itu sambutan yang amat menggalakkan menyebabkan giliran untuk aku memilikinya adalah yang ke 120..lama tu nk tunggu diberikan tempoh sehingga 6 bukan...dan kerana hilang kesabaran disebabkan hendak berkahwin maka aku pon 'cancel' booking aku...dan bila kwn2 aku dapat motor Jaguh mereka aku hanya telan air liur...huhuu
Setakat ini dulu cerita aku...kalau ada masa kita sambung lagi dengan cerita bagaimana aku akhirnya berjaya memiliki sebuah jaguh dan seterusnya mengkustomkan sehingga menjadi sebuah jentera yang unik dan menarik...so kwn2 tungguu ye episod yg setrusnya dlm Blog Musafir Dua Roda....(^^)
dah lama aku nak sambung citer tapi disebabkan ketiadaan masa menyebabkan aku jarang jenguk blog aku nie...walaubagaimanapun aku akan berkongsi cerita mengenai motor-motor kustom yang pernah aku memiliki...
Inilah hasil dari modifikasi jentera Jaguh epada sebuah motorsikal berkonsepkan kustom replika..
Aku telah melakukan modifikasi dengan bersandarkan model Harley Davidson Rocker C
Kemudian setelah beberapa ketika dek terpengaruh dengan motorsikal Chopper Bobber aku pon telah menyerahkan motor tersebut ke Bangkel my best friend Jue,Hungry Ghost Custom Inc. di Puchong untuk dikustomkan....
So ini lah hasilnya...
Konsep modifikasinya adalah berdasarkan konsep "Old School Bobber" dgn bersandarkan model classic Triumph...boleh dikatakan hampir 90% bentuk asal motorsikal ini telah diubah kecuali enjinnya saja....
Modifikasi :
Enjin : ~Modenas Jaguh 175cc
Tangki : ~Custom made dari tangki Suzuki GS
Handle Bar: ~Yamaha RS
Lampu : ~Depan jenis Bullet (small), belakang jenis Sparto, signal jenis aftermarket
Seat : ~Custom made Pan Seat single wif springs underneath
Mudgud: ~Rear fender Custom made half moon
Absorber: ~Rear,Aftermarket Universal, front stock wif enduro rubber cover.
Lain2: ~Aftermarket Foward control, custom made fius box under seat,
Tayar : Depan Maxxis 19/90/100, belakang Duro 15/80/150
kos keseluruhan RM1800.00
dan motor ini telah dijual dgn harga RM6,500.00

Monday, June 7, 2010
Salam memanjang....
Aduhai..lama bebenor x tulis apa2 entry kat blog nie,
dah nak bersawang dah blog nie...
terkejut gak bila tgk kat follower ada 3 org...
terima kasihlah kerana sudi mem'follow' blog yang entah apa2 entah hehehe..
Insyallah...kalau ada masa saya akan updatedkan apa2 cite mengenai dunia saya iaitu duniaku motor motor..ride ride..makan makan..hehe hehe jiwa kacau tol heheh.....

Thursday, May 13, 2010
Salam....
Ingatkan nak cite kt korang pasal motor2 kesayanganku tapi buat beberapa ketika ini aku takde mood la nak cite....
Tapi takpe...baru2 nie aku ada buat editting gambo2 aku dan motor aku..ada beberapa gambo yang sudah di edit sebagai tontonan korang sume..hehehe.
p/s: saja2 jer edit gambo2 nie....
nanti aku uploadkan gambar lain plak..internet line slow gile nk upload..huhuhu

Wednesday, May 5, 2010
Brooom.....
Salam semua...
Asik cerita pasal ride pasal makan je kan...makin boroi perut aku dibuatnya..(^^)
Sebenarnya memang banyak lagi tempat-tempat makan yang menarik yang aku lawati tapi rasanya entry kali nie aku nak masukkan mengenai perihal motor-motor kesayanganku...
Sebenarnya minat aku (passion) dlm pemotoran nie bukan lah setakat jalan-jalan cari makan atau mengembara sana-sini dengan motor, tapi juga minat aku terhadap dunia motor kustom (Custom Bike)...
Sebelum aku menceritakan mengenai dunia kustom nie...ingin ceritakan sejarah aku mula-mula menunggang motor....
Bermula dari umur sekitar 16 tahun, aku mula-mula menunggang motorsikal arwah abah iaitu Suzuki 70 (kapcai buruk) lepas tu bila arwah abah beli motor baru Honda Cup 100 aku punye melaram bawak ke sekolah ..hehehe...ada satu ketika ditahan polis kerana tiada lesen memandu dan di bawa ke balai polis...hehee betul2 menyusahkan emak bapak...lepas insiden kena saman dan menolak motor ke balai, aku pun ambil lesen L.
alamak aku ada hal la..nanti2 lah aku sambung ...hehehe

Wednesday, April 28, 2010
Jom ride~
Salam semua....
Entry pada kali ini aku cuma nak berkongsi beberapa lokasi @ tempat yang dapat aku kesan terdapatnya makanan yang sedap-sedap. Memandangkan aku punya beban tugas yang banyak pada beberapa minggu ini~hanya beberapa keping gambar dan sedikit informasi yang dapat aku kongsi sama....diharap kawan2 berpuashati (kalo x puashati kasi komplen kat comment..hehehe)
Ok, baru-baru ni, aku telah merayap ke Muar. Antara lokasi tempat terdapatnya makanan yang sedap-sedap ialah di Pt Jawa,Muar, dan lokasinya ialah Medan Asam Pedas.Siapa yang tak tahu kat mana terletaknya Medan Asam Pedas Pt. Jawa, Muar, senang aja..kalau dari Bandar Muar, terus je jalan ke Batu Pahat~kompem jumpa signboard MEDAN ASAM PEDAS PT JAWA.
Kat Medan Asam Pedas Pt Jawa ini, memang ada beberapa gerai yang menjual Asam Pedas, tetapi antara yang femes ialah gerai Hj Yahya @ Pak Yahya...gerai dia amat femes sehinggakan telah beberapakali masuk TV (kira Pak Yahya tu boleh dikatakan sebagai artis la hehehe)
Apa yang istimewanya Asam Pedas Pak Yahya ini?..ehmm sudah pastinya Asam Pedasnya lah...ada asam pedas ikan merah,ikan siakap,jenahak,kembong dll. Tetapi masa aku datang aku nak order Ikan Merah tapi dah abis,so aku order Ikan Kembong dan Ikan Siakap...bestt...
Biasanya apabila kita memesan Asam Pedas,ianya akan datang sekali dengan nasi putih,sambal belacan dan sayur (kebiasaannya kobis atau taugey). Bagi mereka yang tak pernah makan asam pedas Johor~ hah nie lah rupanya....adehh lapar plak perut huhuhu
Dan yang pastinya, selain sedap, harganya amat murah sekali~percaya atau tidak semangkuk Asam Pedas Ikan Siakap tu hanya RM10 jer manakala ikan Kembung hanya RM3 jer...murahkan...hah dah tau murah dan sedap,apa yang ditunggukan lagi..jom vroooomm...
Ok guys...nanti aku sambung lagi dengan cerita aku mengenai makan,motor dan mengembara....
Wednesday, April 21, 2010
Sesi tukar tayar.....
Baru-baru ni, aku telah tukar tayar belakang motorku yang dah kehuasan dek ride sana sini pada hampir setiap minggu...
Percaya atau tidak tayar lama ini baru jer berusia 3 bulan,tetapi bunganya (treat) dah nak hampir habis~ Kalau diikutkan buku manual tayar belakang perlu diganti apabila odometer mencecah 8000 km, tetapi semasa aku menukarkan tayar ini, odometernya telah pun melebih 10,000 km...hehehe memang patut pon kene tukar~ selalu sangat berjalan....haus dibuatnya....
Kalau dahulu aku pakai motor EZrider, tayar tukar dalam jangkamasa 2-3 tahun, tapi pakai motor ER nie baru 3 bulan jer dah kene tukar~ Kalau setiap 3 bulan kene tukar mau botak kepala den..hehehehe
Demi keselamatan, aku perlu menukarkan tayar tersebut. Aku memilih tayar jenis Bridgestone Battlax BT020~ kerana jangka hayatnya yang agak lama~ Harga sebijik tayar ini dalam RM480~Aku memilih tayar jenis ini kerana tayar ini sesuai untuk motor2 jenis touring~ Sebenarnya hajat di hati hendak menggunakan tayar jenis Michelin Pilot Road 2 yang berharga lebih kurang RM500 lebih, tetapi kebetulan kedai bengkel Ah Ming ini, stok tayar Bridgestone baru sampai~ Kalau pakai Michelin PR2, sedap meleper (cornering)...hehehe
Oklah setakat ini dulu entry aku pada kali ini~
Insyallah ada masa aku akan masukkan entry aku semasa aku pergi jalan2 cari makan di Muar Johor baru-baru ini.....
Ok guys...ceriakan hidup anda dengan vrooooommmm (^^)
Tuesday, April 20, 2010
Kembara Negeri Perak (Part 3) : Lumut dan Teluk Intan
Sunday, April 11, 2010
Ronda Roda Cari Makan : Negeri Perak Part 2 : From Taiping wiz Luv!
Salam.....
Sepertimana yang dijanjikan, part 2 Ronda Roda Cari Makan : Negeri Perak ialah pengalaman aku ride ke Bandar Taiping....hehe From Taiping wiz Luv..yeahhh bebey (^^)
Dari Kuala Kangsar, aku mengikut jalan lama ( tidak ikut highway) terus ke Bandar Taiping. Keadaan jalanraya agak teruk, ada lobang dan ada kesan-kesan simen, mungkin kerana lori-lori yang mengangkut simen seringkali menggunakan jalanraya ini, memanglah ada kuari memproses simen yang besar yang aku lihat semasa melalui jalan lama ini, so bagi bikers, harus berhati-hati sekiranya ingin menggunakan laluan ini.
Ok, sampai saja di Taiping, seperti dijangkakan, cuaca yang agak panas, tetiba saja bertukar wajah menjadi mendung, biasalah Taiping kan bandar yang paling lembab (basah tau!) di Malaysia.
Lokasi pertama yang aku tuju ialah terjah ke Bukit Larut atau dikenali sebagai Maxwell Hill. Aku tak naik pon sebab ingat motor boleh naik sampai ke atas, sebaliknya kene parking kat bawah dan kena naik berjalan kaki, adehhh malas betol lah nak membakar lemak nie hehehe.
Aku cuma ambil 2-3 gambar pastu terus ke Burmese Pool....
Bila masuk ke kawasan Burmese Pool ini, teringat kenangan silam..amboi2...hehehe..
Untuk pengetahuan anda semua, Burmese Pool ini bukan kolam orang Burma tau, tetapi ianya adalah anak sungai yang mengalir dari Bukit Larut ke Tasik Taiping, airnya sejuk, suasananya nyaman, adussss tenang sekali...Memandangkan hari mau hujan,niat aku nak mandi tak jadi, setakat dok terkebil-kebil tengok gelagat pengunjung-pengunjung di situ, ramai gak yang mula berkemas hendak balik disebabkan hari makin gelap nak hujan. Sebelum hujan turun baik kau 'choau' dulu...cuma ambil gambar saja,kempunan nak mandi hehehe...
Selepas pergi ke Burmese Pool, aku lepak kat Taman Tasek Taiping. Wow! Indah permandangan alam yang menenangkan fikiran aku yang sentiasa kusut ni.Keadaan kawasan tersebut nampak klasik dan bernostalgia, mungkin disebabkan suasana cuaca yang mendung dan rimbunan dahan-dahan pokok yang melayut di kiri dan kanan jalan.
Dok tengah lepak-lepak ambil angin di Taman Tasek Taiping, hujan pon mencurah-curah pada petang itu. Tetiba perut aku rasa lapar plak,walhal tghari tadi aku dok mencekik dgn banyaknya Ikan Bakar Tengelan di KK, mungkin cuaca sejuk membuat aku lapar balik kot...hehehe
Aku pon sarongkan baju hujan..terus vroooommmm....
Destinasi berikutnya...jeng jeng jeng...dah bermain di kepala otak aku sebelom sampai di Taiping lagi....iaitu pekene Mee Udang Mak Teh di Kuala Sepetang.
Rupa-rupanya agak jauh jugak perjalanan dari Taiping ke Kuala Sepetang tu. Sepanjang perjalanan dari Simpang ke Kuala Sepetang, memang banyak gerai menjual Mee Udang, tetapi setahu aku yang famaous adalah Mee Udang Mak Teh.Yela dah pernah masuk dalam Majalah 3 kan...
Memandang betul jangkaan aku, masa sampai di gerai Mee Udang Mak Teh, ramai pelangan yang dok makan di situ walaupon hujan lebat. Mee Udang di situ ada yang biasa, ada yang special, yang special pulak ada yang RM10 dan ada yang RM12,apa bezanya?..nanti korang pergi tanya sendiri arrr...hehehehe
Aku pekena Mee Udang Special RM12 punye...slurppppp....udang2 nya freshhhh....besar-besar pulak tu...memang puashati...besttt!!!...Insyallah nanti aku akan repeat sekali lagi punye next time heheheh (^^)
Lepas pekene Mee Udang Mak Teh, aku balik semula ke Taiping, sebab masih ada lagi tempat-tempat yang ada makanan yang menarik. Memandangkan hari sudah malam, aku terpaksa bermalam di Bandar Taiping ala-ala cowboy...hehehehe
Esok paginye, aku telah meronda ke Bandar Taiping untuk mengesan antara makanan yang populor di Taiping iaitu Popia Basahnye....
Aku telah pergi ke Medan Makan Jalan Pasar di Taiping untuk mencari gerai yang menjual Popia basah yang sedap yang pernah aku makan 11 tahun dahulu. Masa masuk ke tempat tersebut ada beberapa gerai yang menjual Popia, tetapi aku ingat lagi gerai yang aku makan 11 tahun dahulu adalah Gerai Ella (bukan penyanyi ELLA tau)...
Apa lagi pekene 3 bijik Popia Basah, ABC Ice Cream dan Air Bandung 3 layers..perghhh slurpppp untuk sessi serapan pagi...nyum nyum nyum....
Semasa aku makan, ada krew NTV7 sedang membuat rakaman di gerai tersebut dan beberapa gerai di dalam medan makan, menurut abang yang jual popia tu,katanya rakaman tersebut adalah untuk program NTV7 berbahasa Inggeris. Hmmm memang tak syak lagi gerai Ella Popia Taiping antara gerai yang famous di Taiping....hehehe
Tapi kalao gi gerai Ella Popia tu boleh gak singgah gerai mamak Mee Combat bersebelah dengan gerai tersebut...Aku x cuba Mee Combat tersebut sebab kenyang sangat makan Popia dan ABC...hehe next time la....
Ok..setakat ini dulu kembara aku di Bandar Taiping..yeahh bebey from Taiping wiz memories...hehehe...
kita sambung lagi nanti kembara aku ke Lumut dan ke Telok Intan plak ....
Labels:
Mee Udang Mak Teh,
Popia,
Taiping,
Taman Tasek Taiping
Wednesday, April 7, 2010
Ronda Roda Cari Makan : Negeri Perak Part 1 : Bandar Kuala Kangsar
Kali ini aku telah mengembara ke beberapa daerah Negeri Perak iaitu ke Bandar Diraja Kuala Kangsar, Bandar Taiping,Lumut dan juga Teluk Intan dengan matlamat 'ride' dan ronda cari tempat makan yang 'famous' dan mengimbau memori silamku di beberapa tempat yang dilawati.
Bermula dari Negeri Sembilan (Seremban) aku memasuki highway PLUS dan aku keluar exit tol Kuala Kangsar untuk memasuki Bandar Kuala Kangsar (KK).Bandar KK pernah aku lawati satu ketika dulu sekitar tahun 1999 dan kini nyata banyak perubahan yang dapat dilihat dari segi pembangunan dan permandangan lanskap-lanskapnya terutama di tebing Sungai Perak yang dapat dilihat kesan-kesan pembangunan di bandar tersebut.
Dah masuk ke Bandar KK,terlintas dalam kepala otak adalah makanan 'famous'nye iaitu Ikan Bakar Ikan Tengelan Sungai yang dicecah air asam jawa....nyum nyum...
Masa aku sampai di Bandar KK, memang kena pada waktunya untuk makan tengahari.
Aku nak cerita sedikit mengenai Ikan Bakar yang 'famous' di KK ini. Untuk pengetahuan korang, aku tak makan ikan darat (ikan sungai) sangat,tetapi semasa lawatan aku ke KK pada sekitar tahun 1999 dahulu, kawan aku yang juga pada ketika itu adalah Sales Manager aku, En. Zul telah membawa aku ke Bandar KK ini untuk pekena Ikan Bakar ini, pada mulanya memang aku agak 'geli' nak makan disebabkan tak biasa, tapi bila dah kena, secubit daging ikan Tengelan Sungai dengan air asam jawa..wow memang sedap dan mantopppp!!
Misi aku datang ke KK ini adalah untuk mengesan gerai yang pernah aku makan 11 tahun dahulu. Ronda punya ronda, ingat punya ingat, akhirnya aku jumpa jugak gerai tersebut. Lokasinya adalah di tebing Sungai Perak, di belakang Pusat Kraftangan.
Kalau tidak silap aku,gerai tersebut ialah RESTORAN IKAN BAKAR HELMI.
Itu dia, ikan Tengelan Bakar yang special sekor harga RM30 jer. Menurut taukey gerai makan tersebut, ikan ini memang diambil secara segar dari hasil tangkapan nelayan di Sungai Perak, bukan ternak punya sebab tu harganya agak mahal.
Mengenai Ikan Tengelan nie (spesis adik beradik lampan kot), ikan ini jenis banyak tulang macam ikan Terubuk malah rasanya manis lagi dari ikan Terubuk, maka kalau hendak makan kene tengok-tengok tulang tu,kan kalau gelojoh sangat tercekik tulang pulak...hehehehe...
Aku makan sampai 2 pingan nasik sebab nak abiskan sekor ikan bakar tersebut,last-last tak abis jugak sebab tak larat nak makan semua,kasi kucing sikit yang dok mengiau-ngiau kat bawah meja hehee...Makan tengahari aku pada masa tu ialah Ikan Bakar Tengelan,Sotong sambnal,kerang rebus dan sedikit ulam2...hehe betul2 muntah kedarah (bak kata orang Johor hehe)....(^^)
Setakat ini dulu coretan Ride Ronda Cari Makan Part 1 : Kuala Kangsar...
nanti bersambung pulak cerita aku ride ke Taiping...hehe from Taiping with love..huhu banyak kenangan silam aku (time-time bercinta kot hehehe) kat Bandar nie tau...(^^)
p/s : Kalau pergi KK jangan lupa beli Labu Sayong tau..hari tu aku nk beli tapi dok pikir nak letak camne sbb naik motor, terpaksa lah lupakan saja...:(
Tuesday, March 30, 2010
Ride Solo atau Berkonvoi, mana lebih best?
Salam semua....
Hari ini tetiba je dok terpikir kenapa selama ini aku suka ride sorang-sorang atau ride solo? Kenapa tak join kumpulan atau berkonvoi?....
Sebenarnya tak kiralah solo atau berkumpulan, menunggang motor ni ada keseronokannya sendiri. Selain dari merasa bebas, ianya menjadi satu kepuasan. Bagi diriku pula ianya adalah satu terapi bagi menenangkan fikiran dan juga menajamkan fokus dalam menangani sesuatu keadaan. Yela kalau kita tidak fokus dalam menunggang, pasti kita akan menghadapi kemalangan atau kecelakaan. Na'uzubillah....Tapi janganlah menunggang tu sampai tak ingat-ingat,keselamatan harus dititikberatkan juga.
Pro & Con Ride Solo:
Pro nya ~
Bawak motor ikut sedap kita sahaja dari segi masa dan kelajuan.
Kalau penat menunggang boleh ikut sedap kita nak berhenti di mana-mana.
Tak menyusahkan sesiapa kalau motor kita menghadapi masalah, taklah terdengar keluh kesah kawan-kawan mencemuh itu ini.
Nak 're-fuel' pon tak perlu tunggu kawan-kawan.
Nak bergerak pon tak payah tunggu kawan.
Nak pergi ke tempat-tempat menarik ikut 'done' sendiri je, tak perlu ikut rancangan berkumpulan.
Con nya ~
Boring jugak kalau ride jauh-jauh sorang-sorang.
Kalau motor dan rider 'down' takde yang hendak membantu.
Berhenti lepak pekene air panas ke atau goreng pisang panas-panas layan sorang-sorang
Kalau motor rosak letih nak menolak sorang-sorang.
YANG PALING TAK BEST : Nak ambil gambar sendiri terpaksa mintak bantuan orang-orang yang ada di situ. :P
Pro & Con Berkonvoi :
Pro nya~
Berkonvoi mestilah ramai-ramai, seronok ride dengan kawan-kawan.
Bawa dengan kelajuan yang sekata.
Dapat perhatian dari pengguna-pengguna jalanraya yang lain
Keselamatan rider dan biker selalu diutamakan.
Kalau ada rider dan motor yang 'down', kawan-kawan ada untuk membantu.
Ada Marshall dan ada Sweeper.
Con nya~
Ada peraturan yang wajib diikuti.
Kelajuan adakalanya ditetapkan; kalau laju sangat kot-kot ada yang tertinggal, kalau perlahan pulak kot-kot kita yang tertinggal.
Kalau ada motor yang 'breakdown' terpaksa lah tunggu sampai ok.
Kalau motor kita yang 'down' plak terpaksalah layan pekakkan telinga,kawan-kawan dok kutuk kita.
DAN YANG PALING TAK BEST : Masa RV (Rally Venue) sebelum bertolak, janji tunggu sekian masa, cthnya jam 8 pagi dan tayar bergolek jam 9 pagi....kalau ada yang tak reti pandai menepati masa jam 10 pagi pon tak muncul-muncul, kawan-kawan yang datang awal kompem hangin :p
Itulah serba sedikit pengalaman aku sebagai rider/biker dalam menunggang solo ataupun berkonvoi.
Betul ke kalau solo ride ni untuk melayan jiwa kacau? lu pikirlah sendiri....heheheh (^^)
Sunday, March 28, 2010
Ride Solo Balik Ke Batu Pahat......
Sabtu : 27/3/2010
Pada hari ini aku akan bertolak dari rumah ke kampung halaman aku (walaupun ianya adalah Taman Perumahan)~ Motorku (Er6N) telahpun dipersiapkan dengan sebaiknya~minyak enjin dah tukar~rantai telah disapukan minyak~jam tepat 5.30 petang aku memulakan perjalanan solo ke Batu Pahat.....
Aku bawa dengan kelajuan purata 160 km/j~Cuaca amat baik sekali dan kenderaan yang ke selatan agak kurang mungkin disebabkan bukan musim cuti sekolah kot~ Sampai di RnR Pagoh aku 're-fuel' dan pekena Nes Ais dengan Pau daging berinti telur puyuh~perghhhh slurppp!...
Lebih kurang 15 minit berehat, aku pun memulakan semula perjalananku~semasa dalam perjalanan kali ini jarang-jarang sekali terserempak dengan bikers yang lain~mungkin mereka tak turun Selatan kot.
Lebih kurang jam 7.10 malam, aku pun keluar dari exit tol Yong Peng (Utara) untuk ke Batu Pahat. Sepanjang jalan antara Parit Yaani dan Sri Bengkal, ianya mengamit beberapa memori~al maklumlah satu ketika dulu aku berkerja di Sykt Pak Tani di Parit Yaani,sebagai 'Sales Supervisor' dan jalan-jalan ini adalah laluan aku hari-hari. Sampai di satu jambatan di Seri Bengkal, aku teringat bahawa satu ketika dulu (1992 @ 93) aku bersama-sama emak dan beberapa adik beradik aku bertungkus lumus mengecat jambatan tersebut membantu arwah abah. Arwah abah pada ketika itu menjadi sub-kontrraktor secara sambilan bagi menambah pendapatan keluarga, dan arwah abah gemar mengajikan anak beranaknya bekerja kerana kosnya lebih jimat dan kami adik beradik dapat membantu arwah abah juga.~Apabila melintas di jambatan tersebut teringat wajah arwah abah~dah lebih setahun abah pergi.....Al Fatihah untuk almarhum Abd Rahim bin Ehsan.
Aku sampai di rumah emak lebih kurang jam 7.20 malam~maknanya perjalanan aku hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam sahaja dari PD ke BP (dalam 246 km) dan minyak lebih kurang dalam RM20.~Bayangkanlah jikalau menaiki kereta, pastinya kos lebih tinggi dengan tol dan minyak dan perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 3 jam~Kesimpulannya jika naik motor lebih cepat dan murah berbanding kereta~Sebab tu aku suka motor hehehe...
Memandangkan aku dah kepenatan di siang hari,maka malamnya aku cuma berehat jerlah....
Ahad: 28/3/2010
Hari ini adalah hari pertunangan adik perempuan aku~Dari pagi saudara mara bertandang ke rumah aku~ aku sebagai abang dan ketua keluarga terpaksa bertungkus lumus menyiapkan persiapan majlis tersebut. Oleh kerana kepenatan dari awal pagi aku membuat kerja~aku pun terlena (lebih kurang jam 12 tghari)~ Semasa aku terlena (tak sampai 15 minit pon) aku dikejutkan oleh adik aku yang bernama Moyong dan beliau memberitahu bahawa adik bongsu aku Si Safiq bawak balik Harley Davidson Dyna Fat Bob baru~waduhhh ini sudah gempak, dari mana dan macamana dia boleh bawak balik motor 'kedabak' tu ye?..hehehe....
Rupa-rupanya dia pinjam dari kawan dia (anak org kaya) katanya bapak kawannya baru jer beli motor nie dgn harga lebih kurang RM140K~Punya lah baik kawan si Safiq tu kasi pinjam motor nie~ehmmm kami pun apa lagi rewang la motor tu keliling taman`hehe dapat gak 'test ride' hehe~ Pengalaman aku ini adalah kali kedua aku bawak Harley~ bawak model nie tak jauh bezanya masa aku bawak Fat Boy dulu~Enjinnya bergegar,walaupun model ini sudah diletakkan 'rubber mounted' pada bawah enjinnya. Tapi apa-apapun model Harley ini, senantiasa menjadi impian semua bikers untuk memilikinya (^^).
Balik semula cerita aku sebab utama aku balik ke Batu Pahat ini~iaitu majlis pertunangan adik aku~Majlis yang kami adakan ni sederhana saja~al-maklumlah ini cuma majlis pertunangan bukan majlis perkahwinan~lebih kurang jam 3 petang, rombongan meminang pihak lelaki sampai~Ok lah~keluarga aku cuma tinggal aku dan adik beradik lelaki aku yang menjadi 'org kuat' keluarga. Nasib baik, bapak mertua adik aku (Amy) sanggup membantu menjadi wakil keluarga pihak perempuan menyambit rombongan lelaki.~Alhamdulilah majlis pada petang ini semuanya berjalan dengan lancar.~walaupun 'simple' tapi masih mengikut adat-adat Melayu.
Selesai sudah majlis ini (jam 4 petang)~tetiba saja awan berarak mendung~aduhhh kompem hari nak hujan~tak abis cakap lagi, hujan turun selebat-lebatnya~Aku rancang nak balik pada jam 5 petang,abislah kena tunggu hujan reda....
Lebih kurang jam 6 petang~Alhamdulilah hujan pun berhenti. Aku cepat-cepat pek barang-barang dan bersiap hendak balik ke PD semula.~Selesai sessi bersalaman dgn saudara mara aku pun bergerak balik.~Sepanjang perjalanan aku berdoa agar tidak merempuhi hujan....
Masa dalam perjalanan kat highway PLUS..aku memotong sebuah EZrider,~menjadi lumrah bikers,apabila 'pass over' pasti akan angkat tangan,bukan apa cuma nak tunjukkan 'respect among bikers' jer.
Kemudian aku berhenti di Petronas RnR Pagoh untuk 're-fuel' dan sessi pergi ke toilet. Semasa berhenti kejap tu, aku terserempak lagi dengan brader EZrider tu semula~Aku menegurnya,, Brader tu memperkenalkan diri sebagai Bro Wan,dia menunggang motorsikal Yamaha Royal Star 1300cc beliau dari kampugnya di Kota Tinggi dan hendak balik ke KL. Beliau biasa balik ke kampung dengan solo ride (hehehe sama spesis gan aku nie)..
Selepas isi minyak kami pon sama-sama ride~memang best ride gan brader Wan nie~motor dia ada 'strobe light' ala-ala lampu polis,dia pasang lampu tersebut,aku terasa macam polis sedang eskot aku plak hehehe~makanya kami 'maintained' bawak dalam kelajuan 160 km/j~ sampai di Melaka hujan turun selebat-lebatnya~nasib baik hanya seketika sahaja~sampai ke exit Senawang~kenderaan mula perlahan~mungkin disebabkan banyak kenderaan berat hendak memasuki Senawang kot~Sampai di exit tol PD,aku terpaksa berpisah dengan Brader Wan~Lebih kurang jam 8.30 malam aku sampai di rumah_
Masa pergi solo,bila balik jadi ride berteman~dah dapat kawan biker lagi~aku dah tinggalkan no HP aku padanya~insyallah kalo ada rezeki kami pasti bertemu~itulah yang bestnya jadi bikers nie, bile ada bike event atau di tengah jalan pasti akan bertemu lagi~
Thursday, March 25, 2010
Tukar Minyak Pelincir Enjin ~Penggunaan Minyak Enjin Yang Betul
Hari ini aku telah menukar minyak pelincir bagi motor ER6N. Penukaran minyak pelincir bagi motor ini adalah kali yang ketiga dan kali ini apabila Odometer mencecah 10,000 km. Penggunaan minyak yang betul akan memanjangkan jangka hayat sesebuah enjin.Ianya juga penting bagi sesebuah enjin seperti motorsikalku kerana sering digunakan dalam perjalanan yang jauh.
Bagi enjin dua lejang pula tugas minyak pelincir menjadi lebih berat dan sukar. Ia diperlukan untuk melindungi komponen yang berada di dalam silinder motosikal termasuklah bearing rod, piston, gelang piston serta komponen lain yang perlu dilindungi bagi mengelakkan berlaku kekejangan pada enjin akibat lebihan panas yang terhasil. Pelincir yang biasa dipanggil minyak 2T ini perlu dicampurkan dengan petrol dan dibakar bersama di dalam kebuk pembakaran. Akibat dari pembakaran yang tidak sempurna ini sisa-sisa mnyak yang tidak terbakar sepenuhnya akan menjadi endapan di dalam silinder dan juga sistem ekzos. Oleh itu motosikal jenis dua lejang amat memerlukan pelincir yang mudah terbakar bagi mengelakkan terlalu banyak endapan yang berlaku.
Berbagai kesan buruk boleh berlaku akibat endapan karbon yang terlalu banyak di dalam enjin. Antaranya kehilangan kuasa pecutan di sebabkan sistem ekzos diselaputi karbon yang tebal. Motosikal menjadi sukar dihidupkan dan juga meningkatkan geseran di dalam silinder. Kesannya motosikal menjadi ‘berat’ haba sukar dipindahkan. Lebih buruk lagi jika blok enjin tidak diservis mengikut jadual boleh menyebabkan berlaku kekejangan atau ‘jam’
Di sini aku ingin berkongsi sedikit informasi mengenai Minyak Pelincir.
Pengenalan Minyak Pelincir
Enjin adalah nadi untuk sesebuah kenderaan. Komponen-komponen enjin pula majoritinya menggunakan bahan-bahan keluli yang melakukan pergerakan tertentu setiap kali enjin beroperasi. Pergerakan komponen-komponen ini akan menghasilkan tekanan dan haba yang akan mengakibatkan kehausan pada komponen-komponen yang bergeser. Jadi, untuk meminimumkan masalah ini, minyak pelincir digunakan.Secara asasnya, minyak pelincir akan berfungsi menyerap tekanan dan geseran yang boleh menyebabkan kehausan komponen-komponen enjin. Selain daripada cecair penyejuk dan pengaliran udara, minyak pelincir juga turut memainkan peranan utama dalam fungsi pengawalan dan penyerapan haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin. Enjin-enjin yang berkapasiti lebih kecil (seperti motosikal 4 lejang) akan bergantung semaksimum mungkin kepada minyak pelincir dalam mengawal suhu enjin, selain daripada aliran udara.
Mengenali API dan SAE
'API' adalah singkatan kepada 'American Petroleum Institute' (Institut Petroleum Amerika). Ia adalah sebuah badan yang mewakili industri petroleum dalam penggalian, pengeluaran, penghantaran, penapisan dan pemasaran. Ia juga bertanggungjawab dalam bidang kaji selidik dan pengkelasan produk petroleum. Pengeluar-pengeluar minyak pelincir akan merujuk kepada piawaian 'API' untuk menentukan kelas dan gred minyak pelincir keluaran mereka.Sementara 'SAE' pula adalah singkatan kepada 'Society of Automotive Engineers' (Persatuan Jurutera Automotif). Ia adalah sebuah badan yang terlibat secara langsung dalam kaji selidik berkenaan sesuatu produk yang berkaitan dengan industri automotif termasuklah minyak pelincir.Nota: Untuk keterangan lebih lanjut mengenai pertubuhan-pertubuhan ini, sila lawat laman web http://www.api.org/ dan http://www.sae.org/ . Laman-laman web ini berguna untuk sesiapa sahaja yang ingin menambah pengentahuan berkenaan perkembangan teknologi semasa industri automotif sedunia.
Gred Minyak Pelincir
Minyak pelincir untuk sesebuah enjin kenderaan terbahagi kepada dua kategori, iaitu 'monograde' (gred tunggal) dan multigrade (pelbagai gred). Minyak pelincir 'monograde' adalah minyak pelincir yang hanya mempunyai satu kelikatan tunggal (samada semasa sejuk atau panas). Harga minyak pelincir jenis ini adalah lebih murah berbanding minyak pelincir 'multigrade' dan biasanya digunakan untuk kenderaan/jentera berat dan lasak atau untuk enjin kenderaan ringan yang telah berusia. Kadar kelikatan SAE 40 adalah sangat popular yang terdapat dipasaran hari ini.Sementara minyak pelincir jenis 'multigrade' pula bermaksud, sesuatu minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang boleh berubah daripada lebih cair semasa suhu sejuk kepada lebih pekat apabila kepanasan suhu meningkat. Kos pengeluaran minyak pelincir jenis 'multigrade' ini lebih tinggi berbanding minyak pelincir jenis 'monograde' tadi. Selalunya, minyak pelincir 'multigrade' dapat dikenal pasti daripada label yang tertera pada botol / bekas minyak pelincir tersebut.Minyak pelincir 'multigrade' adalah dirujuk dengan 2 kadar kelikatan. Contohnya; SAE 10W/30, SAE 15W/50, SAE 20W/50 dan sebagainya. Konsonan W adalah bermaksud Winter @ Wet iaitu kadar kelikatan sewaktu suhu enjin sejuk. Di negara-negara bermusim sejuk / salji, minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan rendah adalah sangat penting bagi memudahkan enjin kenderaan dihidupkan. Manakala angka selepas tanda palang adalah bermakna kadar kelikatan sesuatu minyak pelincir itu apabila suhu enjin panas. Semakin besar angka tersebut, semakin tinggi daya tahan minyak pelincir itu terhadap kepanasan suhu operasi enjin.Walaupun di Malaysia tidak mempunyai musim salji, minyak pelincir 'multigrade' ini juga turut memainkan peranan dan ia juga telah menjadi satu standard yang ditetapkan oleh pengeluar kenderaan. Anda boleh merujuk kepada Buku Panduan Pemilik yang biasanya dibekalkan oleh setiap pengeluar kenderaan. Untuk kegunaan di Malaysia, penggunaan minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang lebih tinggi semasa enjin panas adalah lebih digalakkan. Ini kerana majoriti pemandu-pemandu di bandar-bandar besar di negara ini biasanya menghadapi masalah kesesakan lalu-lintas. Apabila kenderaan terhenti-henti, sistem penyejukan enjin yang biasanya mengharapkan kepada bantuan pengaliran udara akan menjadi kurang efisien. Kadar suhu operasi enjin akan meningkat dan pada masa inilah minyak pelincir akan memainkan peranan dalam membantu menyerap haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin. Minyak pelincir yang mempunyai gred API yang lebih tinggi biasanya akan berfungsi lebih baik.
Gred SAE
Gred yg menunjukan kelikatan sesuatu EO.SAE 0W, SAE 5W, SAE 10W, SAE 15W, SAE 20W, SAE 25W, SAE 20, SAE 30, SAE 40, SAE 50, SAE 60
Pengkelasan API
Kelas yg menujukan identiti EO.SA, SB, SC, SD, SE, SF, SG, SH, SJ, SL
JASO MA
JASO adalah 1 bdn orgnisasi automotif drp Jepun..dan gred ni dimula pakai pada sekitar thun 1998..gred ni plak adalah standard utuk 4 stroke engine yg mempunyai klac basah. EO yg mndpt gred ni adalah EO yg dipilih atas sbb mmpunyai kualiti API yg tinggi, mmpunyai sulfur yg rendah, tidak mudah berwap, thap buih yg rendah, kelikatan yg stabil pda suhu tinggi, melngkapkan gseran pda prestasi klac..dan utk pengtahuan anda jaso dicipta khas utuk moto jepun seperti suzuki, yamaha, honda, dan Kawasaki..
Ramai di antara kita tidak memahami erti sebenar perlindungan yang dimaksudkan lantas tidak mempedulikan perbezaan minyak enjin kereta dan motosikal mereka dengan menganggap penggunaan minyak enjin kereta sama sahaja untuk motosikal. Ya!.. memang kesan jangka pendek tidak nampak tapi awas…. untuk jangka panjang.
Seperkara yang amat perlu dititik beratkan iaitu pengguna-pengguna motosikal seharusnya faham akan perbezaan minyak pelincir kereta dan motosikal. Seperti mana yang kita maklum kebanyakan motosikal kapasiti di bawah 150cc di negara kita mempunyai kombinasi enjin dan gearbox ‘disatukan’. Maksudnya enjin dan gearbox menggunakan minyak pelincir yang sama. Tidak seperti kereta atau motosikal berkuasa besar di mana enjin dan gearbox tidak ‘disatukan’ maka sebab itulah enjin jenis ini mempunyai keperluan minyak yang berbeza iaitu minyak enjin hanya untuk enjin dan begitu juga gearbox.
Maksudnya minyak enjin motosikal memberikan perlindungan keseluruhan di dalam enjin termasuklah sistem transmisi dan klac. Lihat betapa besarnya tugas minyak enjin motosikal dan sudah tentu pelincir yang berkualiti amat diperlukan. Inilah ciri-ciri tambahan yang sedia ada pada sesebuah pelincir motosikal berbanding dengan pelincir kereta.
Bagi enjin dua lejang pula tugas minyak pelincir menjadi lebih berat dan sukar. Ia diperlukan untuk melindungi komponen yang berada di dalam silinder motosikal termasuklah bearing rod, piston, gelang piston serta komponen lain yang perlu dilindungi bagi mengelakkan berlaku kekejangan pada enjin akibat lebihan panas yang terhasil. Pelincir yang biasa dipanggil minyak 2T ini perlu dicampurkan dengan petrol dan dibakar bersama di dalam kebuk pembakaran. Akibat dari pembakaran yang tidak sempurna ini sisa-sisa mnyak yang tidak terbakar sepenuhnya akan menjadi endapan di dalam silinder dan juga sistem ekzos. Oleh itu motosikal jenis dua lejang amat memerlukan pelincir yang mudah terbakar bagi mengelakkan terlalu banyak endapan yang berlaku.
Berbagai kesan buruk boleh berlaku akibat endapan karbon yang terlalu banyak di dalam enjin. Antaranya kehilangan kuasa pecutan di sebabkan sistem ekzos diselaputi karbon yang tebal. Motosikal menjadi sukar dihidupkan dan juga meningkatkan geseran di dalam silinder. Kesannya motosikal menjadi ‘berat’ haba sukar dipindahkan. Lebih buruk lagi jika blok enjin tidak diservis mengikut jadual boleh menyebabkan berlaku kekejangan atau ‘jam’
sumber dari Internet
Salam Perkenalan-Pemula Bicara
Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Ini adalah kali pertama aku memasukkan entry di dalam blog yang aku cipta ini.
Blog ini dicipta adalah untuk aku potretkan pengalaman aku dari pelbagai sudut yang meliputi kehidupan aku, alam pemotoran dan sebagainya.
Diharap dengan ada blog nie dapatlah aku berkongsi pengalaman aku kepada anda semua diluar sana.
Adios.....
Let start your engine....brooom (^^)

Subscribe to:
Posts (Atom)