Contact Tables

I edited my layout at Bigoo.ws, check out these Myspace Layouts!

Tuesday, March 30, 2010

Ride Solo atau Berkonvoi, mana lebih best?


Salam semua....

Hari ini tetiba je dok terpikir kenapa selama ini aku suka ride sorang-sorang atau ride solo? Kenapa tak join kumpulan atau berkonvoi?....

Sebenarnya tak kiralah solo atau berkumpulan, menunggang motor ni ada keseronokannya sendiri. Selain dari merasa bebas, ianya menjadi satu kepuasan. Bagi diriku pula ianya adalah satu terapi bagi menenangkan fikiran dan juga menajamkan fokus dalam menangani sesuatu keadaan. Yela kalau kita tidak fokus dalam menunggang, pasti kita akan menghadapi kemalangan atau kecelakaan. Na'uzubillah....Tapi janganlah menunggang tu sampai tak ingat-ingat,keselamatan harus dititikberatkan juga.


Pro & Con Ride Solo:


Pro nya ~
Bawak motor ikut sedap kita sahaja dari segi masa dan kelajuan.
Kalau penat menunggang boleh ikut sedap kita nak berhenti di mana-mana.
Tak menyusahkan sesiapa kalau motor kita menghadapi masalah, taklah terdengar keluh kesah kawan-kawan mencemuh itu ini.
Nak 're-fuel' pon tak perlu tunggu kawan-kawan.
Nak bergerak pon tak payah tunggu kawan.
Nak pergi ke tempat-tempat menarik ikut 'done' sendiri je, tak perlu ikut rancangan berkumpulan.


Con nya ~
Boring jugak kalau ride jauh-jauh sorang-sorang.
Kalau motor dan rider 'down' takde yang hendak membantu.
Berhenti lepak pekene air panas ke atau goreng pisang panas-panas layan sorang-sorang
Kalau motor rosak letih nak menolak sorang-sorang.
YANG PALING TAK BEST : Nak ambil gambar sendiri terpaksa mintak bantuan orang-orang yang ada di situ. :P






Pro & Con Berkonvoi :

Pro nya~
Berkonvoi mestilah ramai-ramai, seronok ride dengan kawan-kawan.
Bawa dengan kelajuan yang sekata.
Dapat perhatian dari pengguna-pengguna jalanraya yang lain
Keselamatan rider dan biker selalu diutamakan.
Kalau ada rider dan motor yang 'down', kawan-kawan ada untuk membantu.
Ada Marshall dan ada Sweeper.






Con nya~
Ada peraturan yang wajib diikuti.
Kelajuan adakalanya ditetapkan; kalau laju sangat kot-kot ada yang tertinggal, kalau perlahan pulak kot-kot kita yang tertinggal.
Kalau ada motor yang 'breakdown' terpaksa lah tunggu sampai ok.
Kalau motor kita yang 'down' plak terpaksalah layan pekakkan telinga,kawan-kawan dok kutuk kita.
DAN YANG PALING TAK BEST : Masa RV (Rally Venue) sebelum bertolak, janji tunggu sekian masa, cthnya jam 8 pagi dan tayar bergolek jam 9 pagi....kalau ada yang tak reti pandai menepati masa jam 10 pagi pon tak muncul-muncul, kawan-kawan yang datang awal kompem hangin :p

Itulah serba sedikit pengalaman aku sebagai rider/biker dalam menunggang solo ataupun berkonvoi.

Betul ke kalau solo ride ni untuk melayan jiwa kacau? lu pikirlah sendiri....heheheh (^^)


































Sunday, March 28, 2010

Ride Solo Balik Ke Batu Pahat......

Sabtu : 27/3/2010

Pada hari ini aku akan bertolak dari rumah ke kampung halaman aku (walaupun ianya adalah Taman Perumahan)~ Motorku (Er6N) telahpun dipersiapkan dengan sebaiknya~minyak enjin dah tukar~rantai telah disapukan minyak~jam tepat 5.30 petang aku memulakan perjalanan solo ke Batu Pahat.....

Aku bawa dengan kelajuan purata 160 km/j~Cuaca amat baik sekali dan kenderaan yang ke selatan agak kurang mungkin disebabkan bukan musim cuti sekolah kot~ Sampai di RnR Pagoh aku 're-fuel' dan pekena Nes Ais dengan Pau daging berinti telur puyuh~perghhhh slurppp!...

Lebih kurang 15 minit berehat, aku pun memulakan semula perjalananku~semasa dalam perjalanan kali ini jarang-jarang sekali terserempak dengan bikers yang lain~mungkin mereka tak turun Selatan kot.

Lebih kurang jam 7.10 malam, aku pun keluar dari exit tol Yong Peng (Utara) untuk ke Batu Pahat. Sepanjang jalan antara Parit Yaani dan Sri Bengkal, ianya mengamit beberapa memori~al maklumlah satu ketika dulu aku berkerja di Sykt Pak Tani di Parit Yaani,sebagai 'Sales Supervisor' dan jalan-jalan ini adalah laluan aku hari-hari. Sampai di satu jambatan di Seri Bengkal, aku teringat bahawa satu ketika dulu (1992 @ 93) aku bersama-sama emak dan beberapa adik beradik aku bertungkus lumus mengecat jambatan tersebut membantu arwah abah. Arwah abah pada ketika itu menjadi sub-kontrraktor secara sambilan bagi menambah pendapatan keluarga, dan arwah abah gemar mengajikan anak beranaknya bekerja kerana kosnya lebih jimat dan kami adik beradik dapat membantu arwah abah juga.~Apabila melintas di jambatan tersebut teringat wajah arwah abah~dah lebih setahun abah pergi.....Al Fatihah untuk almarhum Abd Rahim bin Ehsan.

Aku sampai di rumah emak lebih kurang jam 7.20 malam~maknanya perjalanan aku hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam sahaja dari PD ke BP (dalam 246 km) dan minyak lebih kurang dalam RM20.~Bayangkanlah jikalau menaiki kereta, pastinya kos lebih tinggi dengan tol dan minyak dan perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 3 jam~Kesimpulannya jika naik motor lebih cepat dan murah berbanding kereta~Sebab tu aku suka motor hehehe...

Memandangkan aku dah kepenatan di siang hari,maka malamnya aku cuma berehat jerlah....


Ahad: 28/3/2010


Hari ini adalah hari pertunangan adik perempuan aku~Dari pagi saudara mara bertandang ke rumah aku~ aku sebagai abang dan ketua keluarga terpaksa bertungkus lumus menyiapkan persiapan majlis tersebut. Oleh kerana kepenatan dari awal pagi aku membuat kerja~aku pun terlena (lebih kurang jam 12 tghari)~ Semasa aku terlena (tak sampai 15 minit pon) aku dikejutkan oleh adik aku yang bernama Moyong dan beliau memberitahu bahawa adik bongsu aku Si Safiq bawak balik Harley Davidson Dyna Fat Bob baru~waduhhh ini sudah gempak, dari mana dan macamana dia boleh bawak balik motor 'kedabak' tu ye?..hehehe....

Rupa-rupanya dia pinjam dari kawan dia (anak org kaya) katanya bapak kawannya baru jer beli motor nie dgn harga lebih kurang RM140K~Punya lah baik kawan si Safiq tu kasi pinjam motor nie~ehmmm kami pun apa lagi rewang la motor tu keliling taman`hehe dapat gak 'test ride' hehe~ Pengalaman aku ini adalah kali kedua aku bawak Harley~ bawak model nie tak jauh bezanya masa aku bawak Fat Boy dulu~Enjinnya bergegar,walaupun model ini sudah diletakkan 'rubber mounted' pada bawah enjinnya. Tapi apa-apapun model Harley ini, senantiasa menjadi impian semua bikers untuk memilikinya (^^).
Balik semula cerita aku sebab utama aku balik ke Batu Pahat ini~iaitu majlis pertunangan adik aku~Majlis yang kami adakan ni sederhana saja~al-maklumlah ini cuma majlis pertunangan bukan majlis perkahwinan~lebih kurang jam 3 petang, rombongan meminang pihak lelaki sampai~Ok lah~keluarga aku cuma tinggal aku dan adik beradik lelaki aku yang menjadi 'org kuat' keluarga. Nasib baik, bapak mertua adik aku (Amy) sanggup membantu menjadi wakil keluarga pihak perempuan menyambit rombongan lelaki.~Alhamdulilah majlis pada petang ini semuanya berjalan dengan lancar.~walaupun 'simple' tapi masih mengikut adat-adat Melayu.
Selesai sudah majlis ini (jam 4 petang)~tetiba saja awan berarak mendung~aduhhh kompem hari nak hujan~tak abis cakap lagi, hujan turun selebat-lebatnya~Aku rancang nak balik pada jam 5 petang,abislah kena tunggu hujan reda....
Lebih kurang jam 6 petang~Alhamdulilah hujan pun berhenti. Aku cepat-cepat pek barang-barang dan bersiap hendak balik ke PD semula.~Selesai sessi bersalaman dgn saudara mara aku pun bergerak balik.~Sepanjang perjalanan aku berdoa agar tidak merempuhi hujan....
Masa dalam perjalanan kat highway PLUS..aku memotong sebuah EZrider,~menjadi lumrah bikers,apabila 'pass over' pasti akan angkat tangan,bukan apa cuma nak tunjukkan 'respect among bikers' jer.
Kemudian aku berhenti di Petronas RnR Pagoh untuk 're-fuel' dan sessi pergi ke toilet. Semasa berhenti kejap tu, aku terserempak lagi dengan brader EZrider tu semula~Aku menegurnya,, Brader tu memperkenalkan diri sebagai Bro Wan,dia menunggang motorsikal Yamaha Royal Star 1300cc beliau dari kampugnya di Kota Tinggi dan hendak balik ke KL. Beliau biasa balik ke kampung dengan solo ride (hehehe sama spesis gan aku nie)..
Selepas isi minyak kami pon sama-sama ride~memang best ride gan brader Wan nie~motor dia ada 'strobe light' ala-ala lampu polis,dia pasang lampu tersebut,aku terasa macam polis sedang eskot aku plak hehehe~makanya kami 'maintained' bawak dalam kelajuan 160 km/j~ sampai di Melaka hujan turun selebat-lebatnya~nasib baik hanya seketika sahaja~sampai ke exit Senawang~kenderaan mula perlahan~mungkin disebabkan banyak kenderaan berat hendak memasuki Senawang kot~Sampai di exit tol PD,aku terpaksa berpisah dengan Brader Wan~Lebih kurang jam 8.30 malam aku sampai di rumah_
Masa pergi solo,bila balik jadi ride berteman~dah dapat kawan biker lagi~aku dah tinggalkan no HP aku padanya~insyallah kalo ada rezeki kami pasti bertemu~itulah yang bestnya jadi bikers nie, bile ada bike event atau di tengah jalan pasti akan bertemu lagi~





Thursday, March 25, 2010

Tukar Minyak Pelincir Enjin ~Penggunaan Minyak Enjin Yang Betul


Hari ini aku telah menukar minyak pelincir bagi motor ER6N. Penukaran minyak pelincir bagi motor ini adalah kali yang ketiga dan kali ini apabila Odometer mencecah 10,000 km. Penggunaan minyak yang betul akan memanjangkan jangka hayat sesebuah enjin.Ianya juga penting bagi sesebuah enjin seperti motorsikalku kerana sering digunakan dalam perjalanan yang jauh.



Di sini aku ingin berkongsi sedikit informasi mengenai Minyak Pelincir.


Pengenalan Minyak Pelincir


Enjin adalah nadi untuk sesebuah kenderaan. Komponen-komponen enjin pula majoritinya menggunakan bahan-bahan keluli yang melakukan pergerakan tertentu setiap kali enjin beroperasi. Pergerakan komponen-komponen ini akan menghasilkan tekanan dan haba yang akan mengakibatkan kehausan pada komponen-komponen yang bergeser. Jadi, untuk meminimumkan masalah ini, minyak pelincir digunakan.Secara asasnya, minyak pelincir akan berfungsi menyerap tekanan dan geseran yang boleh menyebabkan kehausan komponen-komponen enjin. Selain daripada cecair penyejuk dan pengaliran udara, minyak pelincir juga turut memainkan peranan utama dalam fungsi pengawalan dan penyerapan haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin. Enjin-enjin yang berkapasiti lebih kecil (seperti motosikal 4 lejang) akan bergantung semaksimum mungkin kepada minyak pelincir dalam mengawal suhu enjin, selain daripada aliran udara.


Mengenali API dan SAE


'API' adalah singkatan kepada 'American Petroleum Institute' (Institut Petroleum Amerika). Ia adalah sebuah badan yang mewakili industri petroleum dalam penggalian, pengeluaran, penghantaran, penapisan dan pemasaran. Ia juga bertanggungjawab dalam bidang kaji selidik dan pengkelasan produk petroleum. Pengeluar-pengeluar minyak pelincir akan merujuk kepada piawaian 'API' untuk menentukan kelas dan gred minyak pelincir keluaran mereka.Sementara 'SAE' pula adalah singkatan kepada 'Society of Automotive Engineers' (Persatuan Jurutera Automotif). Ia adalah sebuah badan yang terlibat secara langsung dalam kaji selidik berkenaan sesuatu produk yang berkaitan dengan industri automotif termasuklah minyak pelincir.Nota: Untuk keterangan lebih lanjut mengenai pertubuhan-pertubuhan ini, sila lawat laman web http://www.api.org/ dan http://www.sae.org/ . Laman-laman web ini berguna untuk sesiapa sahaja yang ingin menambah pengentahuan berkenaan perkembangan teknologi semasa industri automotif sedunia.


Gred Minyak Pelincir


Minyak pelincir untuk sesebuah enjin kenderaan terbahagi kepada dua kategori, iaitu 'monograde' (gred tunggal) dan multigrade (pelbagai gred). Minyak pelincir 'monograde' adalah minyak pelincir yang hanya mempunyai satu kelikatan tunggal (samada semasa sejuk atau panas). Harga minyak pelincir jenis ini adalah lebih murah berbanding minyak pelincir 'multigrade' dan biasanya digunakan untuk kenderaan/jentera berat dan lasak atau untuk enjin kenderaan ringan yang telah berusia. Kadar kelikatan SAE 40 adalah sangat popular yang terdapat dipasaran hari ini.Sementara minyak pelincir jenis 'multigrade' pula bermaksud, sesuatu minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang boleh berubah daripada lebih cair semasa suhu sejuk kepada lebih pekat apabila kepanasan suhu meningkat. Kos pengeluaran minyak pelincir jenis 'multigrade' ini lebih tinggi berbanding minyak pelincir jenis 'monograde' tadi. Selalunya, minyak pelincir 'multigrade' dapat dikenal pasti daripada label yang tertera pada botol / bekas minyak pelincir tersebut.Minyak pelincir 'multigrade' adalah dirujuk dengan 2 kadar kelikatan. Contohnya; SAE 10W/30, SAE 15W/50, SAE 20W/50 dan sebagainya. Konsonan W adalah bermaksud Winter @ Wet iaitu kadar kelikatan sewaktu suhu enjin sejuk. Di negara-negara bermusim sejuk / salji, minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan rendah adalah sangat penting bagi memudahkan enjin kenderaan dihidupkan. Manakala angka selepas tanda palang adalah bermakna kadar kelikatan sesuatu minyak pelincir itu apabila suhu enjin panas. Semakin besar angka tersebut, semakin tinggi daya tahan minyak pelincir itu terhadap kepanasan suhu operasi enjin.Walaupun di Malaysia tidak mempunyai musim salji, minyak pelincir 'multigrade' ini juga turut memainkan peranan dan ia juga telah menjadi satu standard yang ditetapkan oleh pengeluar kenderaan. Anda boleh merujuk kepada Buku Panduan Pemilik yang biasanya dibekalkan oleh setiap pengeluar kenderaan. Untuk kegunaan di Malaysia, penggunaan minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang lebih tinggi semasa enjin panas adalah lebih digalakkan. Ini kerana majoriti pemandu-pemandu di bandar-bandar besar di negara ini biasanya menghadapi masalah kesesakan lalu-lintas. Apabila kenderaan terhenti-henti, sistem penyejukan enjin yang biasanya mengharapkan kepada bantuan pengaliran udara akan menjadi kurang efisien. Kadar suhu operasi enjin akan meningkat dan pada masa inilah minyak pelincir akan memainkan peranan dalam membantu menyerap haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin. Minyak pelincir yang mempunyai gred API yang lebih tinggi biasanya akan berfungsi lebih baik.


Gred SAE


Gred yg menunjukan kelikatan sesuatu EO.SAE 0W, SAE 5W, SAE 10W, SAE 15W, SAE 20W, SAE 25W, SAE 20, SAE 30, SAE 40, SAE 50, SAE 60


Pengkelasan API


Kelas yg menujukan identiti EO.SA, SB, SC, SD, SE, SF, SG, SH, SJ, SL


JASO MA


JASO adalah 1 bdn orgnisasi automotif drp Jepun..dan gred ni dimula pakai pada sekitar thun 1998..gred ni plak adalah standard utuk 4 stroke engine yg mempunyai klac basah. EO yg mndpt gred ni adalah EO yg dipilih atas sbb mmpunyai kualiti API yg tinggi, mmpunyai sulfur yg rendah, tidak mudah berwap, thap buih yg rendah, kelikatan yg stabil pda suhu tinggi, melngkapkan gseran pda prestasi klac..dan utk pengtahuan anda jaso dicipta khas utuk moto jepun seperti suzuki, yamaha, honda, dan Kawasaki..


Ramai di antara kita tidak memahami erti sebenar perlindungan yang dimaksudkan lantas tidak mempedulikan perbezaan minyak enjin kereta dan motosikal mereka dengan menganggap penggunaan minyak enjin kereta sama sahaja untuk motosikal. Ya!.. memang kesan jangka pendek tidak nampak tapi awas…. untuk jangka panjang.


Seperkara yang amat perlu dititik beratkan iaitu pengguna-pengguna motosikal seharusnya faham akan perbezaan minyak pelincir kereta dan motosikal. Seperti mana yang kita maklum kebanyakan motosikal kapasiti di bawah 150cc di negara kita mempunyai kombinasi enjin dan gearbox ‘disatukan’. Maksudnya enjin dan gearbox menggunakan minyak pelincir yang sama. Tidak seperti kereta atau motosikal berkuasa besar di mana enjin dan gearbox tidak ‘disatukan’ maka sebab itulah enjin jenis ini mempunyai keperluan minyak yang berbeza iaitu minyak enjin hanya untuk enjin dan begitu juga gearbox.


Maksudnya minyak enjin motosikal memberikan perlindungan keseluruhan di dalam enjin termasuklah sistem transmisi dan klac. Lihat betapa besarnya tugas minyak enjin motosikal dan sudah tentu pelincir yang berkualiti amat diperlukan. Inilah ciri-ciri tambahan yang sedia ada pada sesebuah pelincir motosikal berbanding dengan pelincir kereta.


Bagi enjin dua lejang pula tugas minyak pelincir menjadi lebih berat dan sukar. Ia diperlukan untuk melindungi komponen yang berada di dalam silinder motosikal termasuklah bearing rod, piston, gelang piston serta komponen lain yang perlu dilindungi bagi mengelakkan berlaku kekejangan pada enjin akibat lebihan panas yang terhasil. Pelincir yang biasa dipanggil minyak 2T ini perlu dicampurkan dengan petrol dan dibakar bersama di dalam kebuk pembakaran. Akibat dari pembakaran yang tidak sempurna ini sisa-sisa mnyak yang tidak terbakar sepenuhnya akan menjadi endapan di dalam silinder dan juga sistem ekzos. Oleh itu motosikal jenis dua lejang amat memerlukan pelincir yang mudah terbakar bagi mengelakkan terlalu banyak endapan yang berlaku.


Berbagai kesan buruk boleh berlaku akibat endapan karbon yang terlalu banyak di dalam enjin. Antaranya kehilangan kuasa pecutan di sebabkan sistem ekzos diselaputi karbon yang tebal. Motosikal menjadi sukar dihidupkan dan juga meningkatkan geseran di dalam silinder. Kesannya motosikal menjadi ‘berat’ haba sukar dipindahkan. Lebih buruk lagi jika blok enjin tidak diservis mengikut jadual boleh menyebabkan berlaku kekejangan atau ‘jam’



sumber dari Internet




Salam Perkenalan-Pemula Bicara

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Ini adalah kali pertama aku memasukkan entry di dalam blog yang aku cipta ini.
Blog ini dicipta adalah untuk aku potretkan pengalaman aku dari pelbagai sudut yang meliputi kehidupan aku, alam pemotoran dan sebagainya.

Diharap dengan ada blog nie dapatlah aku berkongsi pengalaman aku kepada anda semua diluar sana.


Adios.....

Let start your engine....brooom (^^)