Contact Tables

I edited my layout at Bigoo.ws, check out these Myspace Layouts!

Wednesday, April 28, 2010

Jom ride~



Salam semua....

Entry pada kali ini aku cuma nak berkongsi beberapa lokasi @ tempat yang dapat aku kesan terdapatnya makanan yang sedap-sedap. Memandangkan aku punya beban tugas yang banyak pada beberapa minggu ini~hanya beberapa keping gambar dan sedikit informasi yang dapat aku kongsi sama....diharap kawan2 berpuashati (kalo x puashati kasi komplen kat comment..hehehe)

Ok, baru-baru ni, aku telah merayap ke Muar. Antara lokasi tempat terdapatnya makanan yang sedap-sedap ialah di Pt Jawa,Muar, dan lokasinya ialah Medan Asam Pedas.Siapa yang tak tahu kat mana terletaknya Medan Asam Pedas Pt. Jawa, Muar, senang aja..kalau dari Bandar Muar, terus je jalan ke Batu Pahat~kompem jumpa signboard MEDAN ASAM PEDAS PT JAWA.

Kat Medan Asam Pedas Pt Jawa ini, memang ada beberapa gerai yang menjual Asam Pedas, tetapi antara yang femes ialah gerai Hj Yahya @ Pak Yahya...gerai dia amat femes sehinggakan telah beberapakali masuk TV (kira Pak Yahya tu boleh dikatakan sebagai artis la hehehe)



Apa yang istimewanya Asam Pedas Pak Yahya ini?..ehmm sudah pastinya Asam Pedasnya lah...ada asam pedas ikan merah,ikan siakap,jenahak,kembong dll. Tetapi masa aku datang aku nak order Ikan Merah tapi dah abis,so aku order Ikan Kembong dan Ikan Siakap...bestt...

Biasanya apabila kita memesan Asam Pedas,ianya akan datang sekali dengan nasi putih,sambal belacan dan sayur (kebiasaannya kobis atau taugey). Bagi mereka yang tak pernah makan asam pedas Johor~ hah nie lah rupanya....adehh lapar plak perut huhuhu



Dan yang pastinya, selain sedap, harganya amat murah sekali~percaya atau tidak semangkuk Asam Pedas Ikan Siakap tu hanya RM10 jer manakala ikan Kembung hanya RM3 jer...murahkan...hah dah tau murah dan sedap,apa yang ditunggukan lagi..jom vroooomm...

Ok guys...nanti aku sambung lagi dengan cerita aku mengenai makan,motor dan mengembara....

Wednesday, April 21, 2010

Sesi tukar tayar.....



Baru-baru ni, aku telah tukar tayar belakang motorku yang dah kehuasan dek ride sana sini pada hampir setiap minggu...




Percaya atau tidak tayar lama ini baru jer berusia 3 bulan,tetapi bunganya (treat) dah nak hampir habis~ Kalau diikutkan buku manual tayar belakang perlu diganti apabila odometer mencecah 8000 km, tetapi semasa aku menukarkan tayar ini, odometernya telah pun melebih 10,000 km...hehehe memang patut pon kene tukar~ selalu sangat berjalan....haus dibuatnya....
Kalau dahulu aku pakai motor EZrider, tayar tukar dalam jangkamasa 2-3 tahun, tapi pakai motor ER nie baru 3 bulan jer dah kene tukar~ Kalau setiap 3 bulan kene tukar mau botak kepala den..hehehehe



Demi keselamatan, aku perlu menukarkan tayar tersebut. Aku memilih tayar jenis Bridgestone Battlax BT020~ kerana jangka hayatnya yang agak lama~ Harga sebijik tayar ini dalam RM480~Aku memilih tayar jenis ini kerana tayar ini sesuai untuk motor2 jenis touring~ Sebenarnya hajat di hati hendak menggunakan tayar jenis Michelin Pilot Road 2 yang berharga lebih kurang RM500 lebih, tetapi kebetulan kedai bengkel Ah Ming ini, stok tayar Bridgestone baru sampai~ Kalau pakai Michelin PR2, sedap meleper (cornering)...hehehe


Oklah setakat ini dulu entry aku pada kali ini~
Insyallah ada masa aku akan masukkan entry aku semasa aku pergi jalan2 cari makan di Muar Johor baru-baru ini.....

Ok guys...ceriakan hidup anda dengan vrooooommmm (^^)

Tuesday, April 20, 2010

Kembara Negeri Perak (Part 3) : Lumut dan Teluk Intan



Salam semua...

Aku ingin sambung balik catatan kembara aku yang lepas ke Negeri Perak~
Entry ini lambat dimasukkan disebabkan aku terlalu sibuk dengan tugas harian dan xde beberapa mood, so pada entry ini cuma beberapa keping gambar saja untuk tatapan korang...




Sunday, April 11, 2010

Ronda Roda Cari Makan : Negeri Perak Part 2 : From Taiping wiz Luv!


Salam.....

Sepertimana yang dijanjikan, part 2 Ronda Roda Cari Makan : Negeri Perak ialah pengalaman aku ride ke Bandar Taiping....hehe From Taiping wiz Luv..yeahhh bebey (^^)



Dari Kuala Kangsar, aku mengikut jalan lama ( tidak ikut highway) terus ke Bandar Taiping. Keadaan jalanraya agak teruk, ada lobang dan ada kesan-kesan simen, mungkin kerana lori-lori yang mengangkut simen seringkali menggunakan jalanraya ini, memanglah ada kuari memproses simen yang besar yang aku lihat semasa melalui jalan lama ini, so bagi bikers, harus berhati-hati sekiranya ingin menggunakan laluan ini.

Ok, sampai saja di Taiping, seperti dijangkakan, cuaca yang agak panas, tetiba saja bertukar wajah menjadi mendung, biasalah Taiping kan bandar yang paling lembab (basah tau!) di Malaysia.



Lokasi pertama yang aku tuju ialah terjah ke Bukit Larut atau dikenali sebagai Maxwell Hill. Aku tak naik pon sebab ingat motor boleh naik sampai ke atas, sebaliknya kene parking kat bawah dan kena naik berjalan kaki, adehhh malas betol lah nak membakar lemak nie hehehe.

Aku cuma ambil 2-3 gambar pastu terus ke Burmese Pool....
Bila masuk ke kawasan Burmese Pool ini, teringat kenangan silam..amboi2...hehehe..
Untuk pengetahuan anda semua, Burmese Pool ini bukan kolam orang Burma tau, tetapi ianya adalah anak sungai yang mengalir dari Bukit Larut ke Tasik Taiping, airnya sejuk, suasananya nyaman, adussss tenang sekali...Memandangkan hari mau hujan,niat aku nak mandi tak jadi, setakat dok terkebil-kebil tengok gelagat pengunjung-pengunjung di situ, ramai gak yang mula berkemas hendak balik disebabkan hari makin gelap nak hujan. Sebelum hujan turun baik kau 'choau' dulu...cuma ambil gambar saja,kempunan nak mandi hehehe...



Selepas pergi ke Burmese Pool, aku lepak kat Taman Tasek Taiping. Wow! Indah permandangan alam yang menenangkan fikiran aku yang sentiasa kusut ni.Keadaan kawasan tersebut nampak klasik dan bernostalgia, mungkin disebabkan suasana cuaca yang mendung dan rimbunan dahan-dahan pokok yang melayut di kiri dan kanan jalan.




Dok tengah lepak-lepak ambil angin di Taman Tasek Taiping, hujan pon mencurah-curah pada petang itu. Tetiba perut aku rasa lapar plak,walhal tghari tadi aku dok mencekik dgn banyaknya Ikan Bakar Tengelan di KK, mungkin cuaca sejuk membuat aku lapar balik kot...hehehe

Aku pon sarongkan baju hujan..terus vroooommmm....



Destinasi berikutnya...jeng jeng jeng...dah bermain di kepala otak aku sebelom sampai di Taiping lagi....iaitu pekene Mee Udang Mak Teh di Kuala Sepetang.



Rupa-rupanya agak jauh jugak perjalanan dari Taiping ke Kuala Sepetang tu. Sepanjang perjalanan dari Simpang ke Kuala Sepetang, memang banyak gerai menjual Mee Udang, tetapi setahu aku yang famaous adalah Mee Udang Mak Teh.Yela dah pernah masuk dalam Majalah 3 kan...

Memandang betul jangkaan aku, masa sampai di gerai Mee Udang Mak Teh, ramai pelangan yang dok makan di situ walaupon hujan lebat. Mee Udang di situ ada yang biasa, ada yang special, yang special pulak ada yang RM10 dan ada yang RM12,apa bezanya?..nanti korang pergi tanya sendiri arrr...hehehehe



Aku pekena Mee Udang Special RM12 punye...slurppppp....udang2 nya freshhhh....besar-besar pulak tu...memang puashati...besttt!!!...Insyallah nanti aku akan repeat sekali lagi punye next time heheheh (^^)



Lepas pekene Mee Udang Mak Teh, aku balik semula ke Taiping, sebab masih ada lagi tempat-tempat yang ada makanan yang menarik. Memandangkan hari sudah malam, aku terpaksa bermalam di Bandar Taiping ala-ala cowboy...hehehehe

Esok paginye, aku telah meronda ke Bandar Taiping untuk mengesan antara makanan yang populor di Taiping iaitu Popia Basahnye....

Aku telah pergi ke Medan Makan Jalan Pasar di Taiping untuk mencari gerai yang menjual Popia basah yang sedap yang pernah aku makan 11 tahun dahulu. Masa masuk ke tempat tersebut ada beberapa gerai yang menjual Popia, tetapi aku ingat lagi gerai yang aku makan 11 tahun dahulu adalah Gerai Ella (bukan penyanyi ELLA tau)...



Apa lagi pekene 3 bijik Popia Basah, ABC Ice Cream dan Air Bandung 3 layers..perghhh slurpppp untuk sessi serapan pagi...nyum nyum nyum....



Semasa aku makan, ada krew NTV7 sedang membuat rakaman di gerai tersebut dan beberapa gerai di dalam medan makan, menurut abang yang jual popia tu,katanya rakaman tersebut adalah untuk program NTV7 berbahasa Inggeris. Hmmm memang tak syak lagi gerai Ella Popia Taiping antara gerai yang famous di Taiping....hehehe

Tapi kalao gi gerai Ella Popia tu boleh gak singgah gerai mamak Mee Combat bersebelah dengan gerai tersebut...Aku x cuba Mee Combat tersebut sebab kenyang sangat makan Popia dan ABC...hehe next time la....

Ok..setakat ini dulu kembara aku di Bandar Taiping..yeahh bebey from Taiping wiz memories...hehehe...

kita sambung lagi nanti kembara aku ke Lumut dan ke Telok Intan plak ....

Wednesday, April 7, 2010

Ronda Roda Cari Makan : Negeri Perak Part 1 : Bandar Kuala Kangsar



Kali ini aku telah mengembara ke beberapa daerah Negeri Perak iaitu ke Bandar Diraja Kuala Kangsar, Bandar Taiping,Lumut dan juga Teluk Intan dengan matlamat 'ride' dan ronda cari tempat makan yang 'famous' dan mengimbau memori silamku di beberapa tempat yang dilawati.



Bermula dari Negeri Sembilan (Seremban) aku memasuki highway PLUS dan aku keluar exit tol Kuala Kangsar untuk memasuki Bandar Kuala Kangsar (KK).Bandar KK pernah aku lawati satu ketika dulu sekitar tahun 1999 dan kini nyata banyak perubahan yang dapat dilihat dari segi pembangunan dan permandangan lanskap-lanskapnya terutama di tebing Sungai Perak yang dapat dilihat kesan-kesan pembangunan di bandar tersebut.

Dah masuk ke Bandar KK,terlintas dalam kepala otak adalah makanan 'famous'nye iaitu Ikan Bakar Ikan Tengelan Sungai yang dicecah air asam jawa....nyum nyum...
Masa aku sampai di Bandar KK, memang kena pada waktunya untuk makan tengahari.
Aku nak cerita sedikit mengenai Ikan Bakar yang 'famous' di KK ini. Untuk pengetahuan korang, aku tak makan ikan darat (ikan sungai) sangat,tetapi semasa lawatan aku ke KK pada sekitar tahun 1999 dahulu, kawan aku yang juga pada ketika itu adalah Sales Manager aku, En. Zul telah membawa aku ke Bandar KK ini untuk pekena Ikan Bakar ini, pada mulanya memang aku agak 'geli' nak makan disebabkan tak biasa, tapi bila dah kena, secubit daging ikan Tengelan Sungai dengan air asam jawa..wow memang sedap dan mantopppp!!

Misi aku datang ke KK ini adalah untuk mengesan gerai yang pernah aku makan 11 tahun dahulu. Ronda punya ronda, ingat punya ingat, akhirnya aku jumpa jugak gerai tersebut. Lokasinya adalah di tebing Sungai Perak, di belakang Pusat Kraftangan.
Kalau tidak silap aku,gerai tersebut ialah RESTORAN IKAN BAKAR HELMI.



Itu dia, ikan Tengelan Bakar yang special sekor harga RM30 jer. Menurut taukey gerai makan tersebut, ikan ini memang diambil secara segar dari hasil tangkapan nelayan di Sungai Perak, bukan ternak punya sebab tu harganya agak mahal.
Mengenai Ikan Tengelan nie (spesis adik beradik lampan kot), ikan ini jenis banyak tulang macam ikan Terubuk malah rasanya manis lagi dari ikan Terubuk, maka kalau hendak makan kene tengok-tengok tulang tu,kan kalau gelojoh sangat tercekik tulang pulak...hehehehe...



Aku makan sampai 2 pingan nasik sebab nak abiskan sekor ikan bakar tersebut,last-last tak abis jugak sebab tak larat nak makan semua,kasi kucing sikit yang dok mengiau-ngiau kat bawah meja hehee...Makan tengahari aku pada masa tu ialah Ikan Bakar Tengelan,Sotong sambnal,kerang rebus dan sedikit ulam2...hehe betul2 muntah kedarah (bak kata orang Johor hehe)....(^^)


Setakat ini dulu coretan Ride Ronda Cari Makan Part 1 : Kuala Kangsar...
nanti bersambung pulak cerita aku ride ke Taiping...hehe from Taiping with love..huhu banyak kenangan silam aku (time-time bercinta kot hehehe) kat Bandar nie tau...(^^)

p/s : Kalau pergi KK jangan lupa beli Labu Sayong tau..hari tu aku nk beli tapi dok pikir nak letak camne sbb naik motor, terpaksa lah lupakan saja...:(