Salam semua..
Pada 3hb sehingga 6hb Disember 2010 berlangsungnya acara 'Bike Fest' di selatan tanahair, Johor Bahru.Lokasi 'event' di Perkarangan Letak Kereta Plaza Angsana.
JB Bike Fest pada tahun ini adalah yang kedua di mana pertama kali diadakan pada tahun 2009.
'Event' pada tahun ini, entah macamana tetiba aku tergerak hati nak join pada 'last minute', tanpa perancangan atau persiapan.
Sebenarnya aku semenjak beberapa bulan kebelakangan ini telahpun mengantung jaket dan helmet, berhenti menunggang motor buat seketika kerana aku menghadapi beberapa masalah dalam hidup. Lagipun motor kesayangan aku dah pun aku 'let-go' dengan berat hati (Y_Y).
Walaupun aku dah mengantung jaket dan helmet buat seketika,namum hasrat untuk menunggang itu sentiasa ada, malah meluap-luap lagi. Mungkin perumpamaan 'Born to ride' sememangnya sesuai untuk aku (^^).
Pada petang Jumaat (3hb), aku pergi mengambil motor Kawasaki Ninja 250R milik seorang kawan aku di Port Dickson untuk digunakan 'ride' pada kali ini. Terima kasihalah pada kawan aku tu kerana memberikan kepercayaan kepada aku untuk menggunakan motor kesayangannya. Ini kali pertama aku menunggang Ninja 250R. Ianya agak ringan dan kecil berbanding ER6N aku dulu tetapi kecil-kecil cili padi, 'top speed' boleh mencecah 170 km/j. Best juga Ninja 250R, gaya menunggang agak santai tidak keterlaluan seperti 'superbike' yang lain.
(Kawasaki Ninja 250R)
Aku juga mengajak Arin, seorang rakan setugas untuk pergi bersama-sama ke sana. Arin menggunakan motor Suzuki GSXR 750 SRAD. Aku juga 'calling' kawan baik aku Ruby (lady biker) untuk 'ride' bersama-sama ke sana.Ruby menunggang Yahama Virago XV535 dan Kawasaki Vulcan VN800 Classic.
Seawal 6 pagi Sabtu itu (4hb) aku dah bangun dan membuat persiapan untuk ke sana. Mengikut perancangan, aku akan berjumpa dengan Ruby di RnR Seremban jam 8.30 pagi, manakala Arin akan menunggu aku di RnR Ayer Keroh.
Jam 8 pagi aku keluar dari rumah, cuaca agak mendung dengan hujan rintik-rintik. Aku sampai ke RnR Seremban selepas 15 minit (tak jauh dari rumah aku di Nilai). Semasa di RnR Seremban, ada beberapa 'biker' yang berhenti di situ,mungkin mereka juga ke destinasi yang sama.
Lebih kurang 8.45 pagi, Ruby sampai dengan menunggang Virago 535. Ruby menyatakan bahawa kawan-kawannya dari Pilgrimz MG sedang menunggu di Petronas Tol Ayer Keroh, Melaka. Tanpa membuang masa lagi, aku dan Ruby berdesup ke sana. Sampai di RnR Ayer Keroh, Arin join kami. Kami menunggang agak laju sekitar kelajuan 130-140 km/j dalam keadaan hujan renyai.
Sampai di Pertonas Tol Ayer Keroh, kami berhenti dan berjumpa dengan kawan-kawan yang telah lama menunggu. Aku jumpa kawan lama aku Bro Harry, President Pilgrimz MG dan Ustaz, Seketari Pilgrimz MG. Seorang lagi kenalan 'bikers' aku iaitu Jepp, President Ghost MG ada sama untuk 'ride' sekali. Bro Harry menaiki kereta sebagai kereta pengiring manakala Ustaz menaiki Virago Custom dan Jepp dengan Harley Sportsternya.
Kami 'ride' sama-sama dengan kelajuan 140-150 km/j dalam keadaan hujan. Sampai di RnR Machap kami berhenti untuk mengisi minyak dan mengendurkan otot yang kejang dek kerana menunggang dalam tempoh 1 jam. Di RnR Machap, aku bertemu dengan kawan-kawan seangkatan aku dalam Reaper MG iaitu pasangan adik beradik Iejam dan Bob. Mereka 'ride' bersama kawan-kawan dari Choppersgarage dan Pocong KM, yang seramai lebih kurang 20 buah motorsikal 'Custom'. Mereka baru je berhenti untuk mengisi minyak.
Hampir semua mereka ini aku kenal dan mereka kira satu kepala dalam forum choppersgarage. Mereka semua terperanjat bila melihat aku, kerana mereka tidak sangka aku akan 'ride' ke JB Bike Fest. Apalagi berlambaklah kutukan-kutukan gurauan kena kat aku (^^).
Setelah lebih kurang 20 minit berehat, Bro Harry berikan 'signal' untuk memulakan perjalanan. Aku terpaksa tinggalkan kawan-kawan aku dari Choppersgarage dan RMG kerana aku telah join 'ride' dengan Ruby dan kawan-kawan. Tak sedaplah nak tinggalkan mereka separuh jalan. Tapi apa-apapun kami akan berjumpa di 'event' tu nanti.
Setelah 'ride' lebih kurang sejam, kami sampai di Tol Skudai dan berhenti seketika. Waktu itu cuaca memang gelap, tetapi hujan renyai-renyai. Semasa berhenti, ramai 'bikers' melepasi kami. Ada dari kelan Lang Bikers dan rata-rata menunggang Yahama Royal Star 1300cc yang bagak (besar). Kami dimaklumkan oleh Bro Harry, bahawa seorang kawan, Ruhid dari Motorhead MG akan datang dan membawa kami ke 'event' tersebut. Tak lama selepas itu Ruhid datang dengan Harley Sportster dan membawa kami ke sana.
Jalanraya di Johor Bahru memang agak sesak di tambahkan lagi dengan kehadiran motorsikal-motorsikal dari luar yang datang ke Johor Bahru untuk memeriahkan acara tersebut.
Sampai-sampai di Plaza Angsana lebih kurang jam 2.30 petang, terdapat banyak deretan-deretan motorsikal dan 'booth' menjual motorsikal dan barangan motorsikal.
Aku difahamkan bahawa pebagai acara yang sedang berlansung di JB Bike Fest ini, antaranya Konvoi Terpanjang di Malaysia yang akan direkodkan di dalam Malaysia Book of Records. Tapi konvoi tersebut telah bermula seawal pagi tadi. Aduhai melepas lah nak ikut berkonvoi sekali. Ada juga konsert yang akan diadakan pada sebelah malamnya.
Setelah pusing satu tawaf di situ, kami pun mencari kedai makan. Memang perut teramat lapar kerana tidak makan apa-apapun semenjak 'ride' dari pagi tadi. Bro Harry telah membawa dan membelanja kami di Gerai Mee Rebus Wahid yang 'famous' di Plaza Angsana. Wow memang sedap, terima kasih Bro Harry kerana belanja kami.
Lebih kurang jam 4 petang, kumpulan konvoi telah pulang ke tapak acara. Memang banyak motorsikal berkuasa tinggi yang berkonvoi dan ada juga motorsikal kapcai dan klasik join sama. Deruman bunyi enjin motorsikal membingitkan teliga dan menambahkan kemeriahkan atmosfera 'event' tersebut. Di antara 'bikers' tersebut ada juga artis yang join sama seperti Fauziah Latif yang menunggang Ducati Monster dan Maznah Zukifli yang menunggang BMW RT1300.
Sebenarnya 'event' JB Bike Fest ini lebih kurang sama je dengan mana-mana 'event bike week' yang lain. Bagi 'bikers', mereka bukanlah nak sangat melihat deretan motorsikal-motorsikal ini,kerana bagi aku dengan adanya 'event' macam ini dapatlah kami (bikers) bertemu dengan kawan-kawan lama dan baru yang seangkatan dalam dunia 'bikers'.
Bagi orang ramai, dengan adanya 'event' seperti ini, mungkin ini adalah peluang untuk melihat motorsikal-motosikal idaman mereka dan motorsikal yang unik dan pelik(custom) dengan lebih dekat lagi.
Sudah pastinya JB Bike Fest 2010 ini meninggalkan seribu kenangan buat diriku. Yelah setelah beberapa ketika tidak menunggang. Terasa terubat rindu untuk menunggang motor. Best dan puas!
Terima kasih kepada Arin, Ruby, Ustaz PMG , Jepp Ghost MG dan Bro Harry President PMG kerana sudi 'ride' sama dan belanja makan mee rebus.
Kepada kawan-kawan seangkatan 'bikers' yang terjumpa di JB Bike Fest, terubat rindu rasanya dan seolah memberikan semangat semula....
So next event...Manjung Bike Week pada 10-12 Disember dan KL Bike Week 24-25 Disember 2010...akan ku turuti serta?...Insyaallah
No comments:
Post a Comment