Contact Tables

I edited my layout at Bigoo.ws, check out these Myspace Layouts!

Sunday, March 28, 2010

Ride Solo Balik Ke Batu Pahat......

Sabtu : 27/3/2010

Pada hari ini aku akan bertolak dari rumah ke kampung halaman aku (walaupun ianya adalah Taman Perumahan)~ Motorku (Er6N) telahpun dipersiapkan dengan sebaiknya~minyak enjin dah tukar~rantai telah disapukan minyak~jam tepat 5.30 petang aku memulakan perjalanan solo ke Batu Pahat.....

Aku bawa dengan kelajuan purata 160 km/j~Cuaca amat baik sekali dan kenderaan yang ke selatan agak kurang mungkin disebabkan bukan musim cuti sekolah kot~ Sampai di RnR Pagoh aku 're-fuel' dan pekena Nes Ais dengan Pau daging berinti telur puyuh~perghhhh slurppp!...

Lebih kurang 15 minit berehat, aku pun memulakan semula perjalananku~semasa dalam perjalanan kali ini jarang-jarang sekali terserempak dengan bikers yang lain~mungkin mereka tak turun Selatan kot.

Lebih kurang jam 7.10 malam, aku pun keluar dari exit tol Yong Peng (Utara) untuk ke Batu Pahat. Sepanjang jalan antara Parit Yaani dan Sri Bengkal, ianya mengamit beberapa memori~al maklumlah satu ketika dulu aku berkerja di Sykt Pak Tani di Parit Yaani,sebagai 'Sales Supervisor' dan jalan-jalan ini adalah laluan aku hari-hari. Sampai di satu jambatan di Seri Bengkal, aku teringat bahawa satu ketika dulu (1992 @ 93) aku bersama-sama emak dan beberapa adik beradik aku bertungkus lumus mengecat jambatan tersebut membantu arwah abah. Arwah abah pada ketika itu menjadi sub-kontrraktor secara sambilan bagi menambah pendapatan keluarga, dan arwah abah gemar mengajikan anak beranaknya bekerja kerana kosnya lebih jimat dan kami adik beradik dapat membantu arwah abah juga.~Apabila melintas di jambatan tersebut teringat wajah arwah abah~dah lebih setahun abah pergi.....Al Fatihah untuk almarhum Abd Rahim bin Ehsan.

Aku sampai di rumah emak lebih kurang jam 7.20 malam~maknanya perjalanan aku hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam sahaja dari PD ke BP (dalam 246 km) dan minyak lebih kurang dalam RM20.~Bayangkanlah jikalau menaiki kereta, pastinya kos lebih tinggi dengan tol dan minyak dan perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 3 jam~Kesimpulannya jika naik motor lebih cepat dan murah berbanding kereta~Sebab tu aku suka motor hehehe...

Memandangkan aku dah kepenatan di siang hari,maka malamnya aku cuma berehat jerlah....


Ahad: 28/3/2010


Hari ini adalah hari pertunangan adik perempuan aku~Dari pagi saudara mara bertandang ke rumah aku~ aku sebagai abang dan ketua keluarga terpaksa bertungkus lumus menyiapkan persiapan majlis tersebut. Oleh kerana kepenatan dari awal pagi aku membuat kerja~aku pun terlena (lebih kurang jam 12 tghari)~ Semasa aku terlena (tak sampai 15 minit pon) aku dikejutkan oleh adik aku yang bernama Moyong dan beliau memberitahu bahawa adik bongsu aku Si Safiq bawak balik Harley Davidson Dyna Fat Bob baru~waduhhh ini sudah gempak, dari mana dan macamana dia boleh bawak balik motor 'kedabak' tu ye?..hehehe....

Rupa-rupanya dia pinjam dari kawan dia (anak org kaya) katanya bapak kawannya baru jer beli motor nie dgn harga lebih kurang RM140K~Punya lah baik kawan si Safiq tu kasi pinjam motor nie~ehmmm kami pun apa lagi rewang la motor tu keliling taman`hehe dapat gak 'test ride' hehe~ Pengalaman aku ini adalah kali kedua aku bawak Harley~ bawak model nie tak jauh bezanya masa aku bawak Fat Boy dulu~Enjinnya bergegar,walaupun model ini sudah diletakkan 'rubber mounted' pada bawah enjinnya. Tapi apa-apapun model Harley ini, senantiasa menjadi impian semua bikers untuk memilikinya (^^).
Balik semula cerita aku sebab utama aku balik ke Batu Pahat ini~iaitu majlis pertunangan adik aku~Majlis yang kami adakan ni sederhana saja~al-maklumlah ini cuma majlis pertunangan bukan majlis perkahwinan~lebih kurang jam 3 petang, rombongan meminang pihak lelaki sampai~Ok lah~keluarga aku cuma tinggal aku dan adik beradik lelaki aku yang menjadi 'org kuat' keluarga. Nasib baik, bapak mertua adik aku (Amy) sanggup membantu menjadi wakil keluarga pihak perempuan menyambit rombongan lelaki.~Alhamdulilah majlis pada petang ini semuanya berjalan dengan lancar.~walaupun 'simple' tapi masih mengikut adat-adat Melayu.
Selesai sudah majlis ini (jam 4 petang)~tetiba saja awan berarak mendung~aduhhh kompem hari nak hujan~tak abis cakap lagi, hujan turun selebat-lebatnya~Aku rancang nak balik pada jam 5 petang,abislah kena tunggu hujan reda....
Lebih kurang jam 6 petang~Alhamdulilah hujan pun berhenti. Aku cepat-cepat pek barang-barang dan bersiap hendak balik ke PD semula.~Selesai sessi bersalaman dgn saudara mara aku pun bergerak balik.~Sepanjang perjalanan aku berdoa agar tidak merempuhi hujan....
Masa dalam perjalanan kat highway PLUS..aku memotong sebuah EZrider,~menjadi lumrah bikers,apabila 'pass over' pasti akan angkat tangan,bukan apa cuma nak tunjukkan 'respect among bikers' jer.
Kemudian aku berhenti di Petronas RnR Pagoh untuk 're-fuel' dan sessi pergi ke toilet. Semasa berhenti kejap tu, aku terserempak lagi dengan brader EZrider tu semula~Aku menegurnya,, Brader tu memperkenalkan diri sebagai Bro Wan,dia menunggang motorsikal Yamaha Royal Star 1300cc beliau dari kampugnya di Kota Tinggi dan hendak balik ke KL. Beliau biasa balik ke kampung dengan solo ride (hehehe sama spesis gan aku nie)..
Selepas isi minyak kami pon sama-sama ride~memang best ride gan brader Wan nie~motor dia ada 'strobe light' ala-ala lampu polis,dia pasang lampu tersebut,aku terasa macam polis sedang eskot aku plak hehehe~makanya kami 'maintained' bawak dalam kelajuan 160 km/j~ sampai di Melaka hujan turun selebat-lebatnya~nasib baik hanya seketika sahaja~sampai ke exit Senawang~kenderaan mula perlahan~mungkin disebabkan banyak kenderaan berat hendak memasuki Senawang kot~Sampai di exit tol PD,aku terpaksa berpisah dengan Brader Wan~Lebih kurang jam 8.30 malam aku sampai di rumah_
Masa pergi solo,bila balik jadi ride berteman~dah dapat kawan biker lagi~aku dah tinggalkan no HP aku padanya~insyallah kalo ada rezeki kami pasti bertemu~itulah yang bestnya jadi bikers nie, bile ada bike event atau di tengah jalan pasti akan bertemu lagi~





No comments: