Contact Tables

I edited my layout at Bigoo.ws, check out these Myspace Layouts!

Thursday, November 4, 2010

Masalah : Ada @ Tiada @ Cari Masalah!!

Assalamualaikum....
Salam sejahtera....

Selagi kita hidup selagi itulah masalah sentiasa ada.
Seorang kawan menyatakan "Jangan bimbang kalau ada masalah!". Cakap memang senang, tapi apabila masalah besar datang, pasti kita akan dilanda kebimbangan. Tiada seorang pun di dalam dunia ini yang tiada masalah...

Selagi kita bernyawa, kita pasti akan menghadapi masalah, itu lumrah hidup. Samaada percaya atau tidak masalah ini adakalanya mungkin baik untuk kita, tapi kalau dah banyak sangat masalahnya, bermasalahlah hidup kita...

Mungkin perumpamaan dari cerita ini boleh kita sama-sama renungkan...

Cuba kita fikirkan, dua kawasan terumbu karang di sebuah pulau yang cantik. Satu kawasan terumbu karang terletak di kawasan teluk yang tiada berombak dan didapati terumbunya pudar dan tidak bermaya manakala terumbu karang yang terletak mengadap ke laut lepas begitu menarik dan berwarna warni. Mesti anda akan tanya saya "Mengapa?".

Jawapannya ; Terumbu karang yang di kawasan teluk berada dalam air yang tenang dan tidak menghadapi cabaran untuk hidup. Oleh sebab itu iannya mati lebih cepat. Manakala karang hidup mengadap lautan lepas, sentiasa dipukul angin, ombak, ribut dan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan. Untuk hidup, ia perlu berjuang melawan angin, ombak dan ribut setiap hari. Ia perlu gigih menghadapi cabaran dan ujian dan ia perlu berubah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan. Dengan itu ianya menjadi kuat dan berkembang.

Begitu juga kita ini sebagai manusia. Apabila dicabar dan diuji, kita sepatutnya semakin kuat dan semakin teguh! Seperti karang yang dipukul ombak, apabila kita dilanda masalah tekanan fizikal,emosional dan mental boleh menjadikan kita semakin kuat dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi.

Sebenarnya apa yang hendak saya sampaikan di sini, sebenarnya saya cuba menjanakan kekuatan dalaman saya kerana ketika ini saya menghadapi pelbagai masalah dan juga mengalami kegagalan.
Sebagai manusia biasa macam saya, masalah kewangaan adalah masalah yang harus difikirkan tiap-tiap hari, hutang, bil-bil dan sebagainya. Sampai saya melihat hampir tiada apa lagi pada diri saya (y_y) huhu Motor kesayangan dah dijual, demi masa depan dan untuk tujuan yang lebih baik dari menunggang motorsikal.
Kegagalan yang saya hadapi pula macam-macam.Peperiksaan undang-undang yang saya ambil di Universiti pada tahun ini menghadapi kegagalan teruk, aduhai....(Y_Y)
Walaupun perit dan payah saya hendak menghadapinya (kerana tiada siapa-siapa yang sudi membantu), saya cuba menggunakan daya imiginasi dengan membayangkan bahawa saya adalah terumbu karang seperti cerita di atas. Sekurang-kurangnya boleh saya memotivasikan diri saya sendiri walaupun saya rasa macam janggal (gila!).

1 comment:

Fahrain said...

setiap masalah & cabaran tu dugaan Allah..bermakna Allah sygkan kita :)... dtg benda2 camni peringatan untuk kita menginatiNYA :)